CIDS menyediakan pelaporan digital pengisian penilaian KPM, Standard Kualiti @ Sekolah – Standard 4 untuk proses perancangan guru.
Format pengisian dan rubrik penskoran adalah didasarkan kepada penggubalan asal daripada KPM.
Aspek 4.1 hingga 4.5, penilai perlu memilih pernyataan yang tepat untuk penskoran. Manakala Aspek 4.6 dan pecahannya adalah pernyataan gabungan yang memerlukan penilai memberi perhatian pada arahan pernyataan tersebut sebelum melaksanakannya.
CIDS memasukan ruang Cadangan Penambahbaikan (untuk Pentadbir) & Maklum Balas (untuk guru yang dinilai) sebagai fitur opsyenal untuk tujuan bimbingan/penjelasan.
Modul ini hanya untuk memudahkan pihak pentadbir mengisi borang untuk mendapat skor bagi setiap bahagian dan kemudian memindahnya ke laman KPM.
Modul ini hanya memberi panduan dari aspek teknikal bagaimana mengakses SK@S dalam CIDS tanpa menyentuh dari aspek konten dan cara pengendaliannya secara mendalam.
Sila rujuk butang informasi pada laman SK@S sebagai rujukan/panduan mengisi ruang penilaian.
Sebarang isu tentang konten dan cara menilai perlulah dirujuk pada Panduan SK@S KPM atau daripada pihak yang terlibat dalam penyampaian taklmat.