PLC ditakrifkan sebagai sebuah sekolah di mana profesional (pentadbiran dan guru) terus mencari dan berkongsi pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan mereka untuk pelajar, dan bertindak atas apa yang mereka pelajari. http://documents.tips/documents/komuniti-pembelajaran-profesional-55c6122c36bdb.html

Dalam CIDS, konsep PLC ini diperluaskan lagi kepada golongan pelajar dan golongan di luar sekolah berkonsepkan program sarana komuniti termasuk golongan profesional, golongan  cendekiawan di pusat pengajian tinggi,  golongan industri, korporat, agensi kerajaan dan swasta serta orang perseorangan untuk berperanan sebagai Pakar Rujuk.  Pelajar di sekolah merupakan modal insan yang perlu dibentuk secara bersama kerana pelajar inilah yang bakal menjadi penawaran aset tenaga kerja ke pihak industri kelak.  Adalah diharapkan melalui program ini kedua-dua belah pihak boleh berkolaborasi melalui input yang dikongsi bersama oleh guru dan pelajar ketika berinteraksi dalam talian secara maya. Usaha  ini mampu mempertingkatkan proses pembelajaran pelajar, terutamanya dalam isu kebolehpasaran kerja untuk memenuhi kehendak dan keperluan industri.

Maklumat  tentang perkembangan yang berlaku dalam dunia pekerjaan dan kaitannya dengan topik pembelajaran di bilik darjah, kejayaan-kejayaan dan cabaran- cabaran yang dihadapi oleh industri boleh menimbulkan kesedaran dan seterusnya memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk memberi komitmen dengan penuh keyakinan ke arah mengejar cita-cita mereka.  Malah ianya juga mampu memberi sumbangan bagi meningkatkan kualiti profesionalisme guru dan kualiti pendidikan negara bagi melahirkan insan yang seimbang dan berprestasi tinggi  serta cintakan negara.

CIDS mampu menjadi “hub” untuk menghubung antara para profesional di serata dunia  dengan golongan pendidik secara kolaboratif  bagi membina generasi modal insan yang berkualiti di masa hadapan. Ini merupakan satu tanggungjawab sosial tanpa melibatkan kewangan (non financial CSR programme) untuk kepentingan bersama.

Apa yang perlu dilakukan?

Pihak industri dan pihak-pihak lain boleh mendaftarkan pegawai atau kakitangn sebagai  wakil untuk menjadi  pegawai sumber (resource person) dalam senarai  PLC mengikut bidang dan kategori masing-masing. Mereka inilah nanti akan berkolaborasi dengan guru –guru dalam menyelesaikan apa-apa isu yang berkaitan.

Guru-guru boleh berhubung dengan ahli-ahli dan golongan pakar yang tersenarai dalam ruangan PLC dengan menjemput mereka mengambil bahagian dalam sesi sembang video atau sidang video.

Anda boleh mencipta komuniti anda sendiri di institusi masing-masing bersama-sama ahli seperti guru, murid , pentadbir atau ahli-ahli lain yang berkaitan untuk memenuhi amalan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.

Usaha ini selari dengan usaha pihak KPM yang telahpun melaksanakan PLC di sekolah-sekolah malah ia merupakan satu nilai tambah kepada guru-guru dalam proses pelaksanaannya.

Bagaimana untuk menjadi ahli PLC?

  • Anda boleh mendaftar secara sukarela mengikut bidang kepakaran anda.
  • Dijemput oleh pengguna CIDS.

Apakah peranan ahli PLC?

Menyumbang kepakaran, pandangan dan nasihat dalam bidang tertentu melalui fitur saluran komunikasi dalam model ini:

  • Kaedah pembelajaran, strategi, atau inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran
  • Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar untuk masa hadapan dan peluang pasaran kerja yang amat mencabar.
  • Perkongsian bahan digital dan bukan digital untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Informasi tentang produk, bidang pekerjaan atau peluang pekerjaan yang berkaitan dengan prinsip-prinsip topik pembelajaran yang dipelajari di bilik darjah. Ini mampu meninggalkan impak yang baik bagi memperkukuh, memotivasi dan meransang pembelajaran di bilik darjah ke arah yang lebih dinamik.
  • Pelbagai bentuk bantuan dan maklumat untuk membantu guru meningkatkan perkembangan profesionalisme secara berterusan dalam mencapai keperluan pembelajaran Abad Ke-21 dan keperluan industri untuk pelajar agar mereka mampu mewujudkan pelajar yang mempunyia ciri-ciri “personaliti global” di pesada dunia.

Kami menjemput syarikat dan agensi untuk  menjadi rakan program CSR PLC ini. Logo syarikat dan  agensi akan dipamerkan dalam laman ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:  CIDS@support team

Anda juga boleh berdaftar sebagai individu untuk menjadi ahli Pakar Rujuk dalam PLC mengikut bidang kepakaran dan kemahiran masing-masing atau berdaftar sebagai pelajar untuk berkomunikasi dan berkongsi pelbagai ilmu dan kemahiran dengan rakan-rakan.

 

Komuniti PLC

Komuniti Awam

Beberapa kategori komuniti yang dicipta untuk menerima pengguna sebagai  ahli.

educator

Pendidik

Profesor, pensyarah di pusat pengajian tinggi.
Pensyarah di institut pendidikan guru (IPG).
Penyelidik. Individu lain yang terlibat dalam pendidikan.

pro_jpeg

Profesional

Sektor Industri dan koporat.
Jurutera, arkitek, pereka bentuk pelbagai bidang, usahawan, peguam, pakar ekonomi dan seumpama dengannya. Saintis.
Golongan profesional dari sektor-sektor yang lain.

teacher_jpeg

Guru

Guru-guru yang mempunyai kepakaran khusus.
Guru cemerlang yang terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

admin

Pentadbir

Pegawai/pentadbir dari sekolah atau institusi pengajian tinggi.
Pegawai dari Kementerian Pendidikan (termasuk di peringkat PPD, JPN dan Bahagian-bahagian yang berkaitan). Pegawai dari kementerian lain.
Pegawai/pentadbir/pengurus dari sektor industri dan korporat.

Komuniti Persendirian

Komuniti yang dicipta sendiri eksklusif untuk ahli-ahli yang dipilih atau yang dijemput sahaja.

Guru boleh menggunakan maklumat yang diperoleh hasil daripada perkongsian dan interaksi mereka melalui kemudahan sembang video dan sidang video dengan ahli-ahli Komuniti Pembelajaran Profesional sebagai nilai tambah proses PdPc.

Ini membantu guru mengaitkan pembelajaran yang diajar dengan keperluan dan kehendak industri di tempat kerja.

Pautan:
http://edglossary.org/ professional-learning-community/
http://www.ascd.org/publications/educational-leadership/may04/vol61/num08/What-Is-a-Professional-Learning-Community%C2%A2.aspx
http://www.allthingsplc.info/about
http://www.dpi.state.nc.us/profdev/resources/proflearn/
http://www.educationworld.com/a_admin/best-practices-for-professional-learning-communities.shtml