Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE ialah  alat pengajaran (instructional tool) berdasarkan kepada prinsip-prinsip reka bentuk instruksional untuk membentuk aliran perancangan aktiviti pembelajaran secara  dinamik dan berkualiti pada masa ini dan pada masa hadapan.

  • Kerangka pembinaan model ini diadaptasi daripada Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) KPM, 2017, dan Kerangka PAK21 “Four Dimensional Education” terbitan Center for Curriculum Redesign, US, (2015.2019)

 

 

 

  • ASIE ialah akronim bagi komponen A – Analyze (Analisis)  S – Strategize (menyusun strategi)     I – Implement (melaksana) E – Evaluate (menilai). Kesemua komponen bertindak sebagai prosedur merangka perancangan pengajaran (instructional planning procedures) secara  profesional dan sistematik.
  • Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE memberi otonomi kepada guru  mengubahsuai (customized) atau membuat penambahbaikan atau  mengubah tetapan (setting) yang disediakan mengikut keperluan kurikulum, situasi amalan perancangan sesebuah sekolah, keperluan pelajar dan kreativiti guru.
  • Versi terbaharu mempunyai pelbagai opsyen membolehkan guru mencipta rancangan pelajaran harian (RPH) mengikut keperluan dan kreativiti masing-masing secara profesional serta mencipta Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) juga untuk menyediakan tapak bagi  pembelajaran maya untuk pelajar.