MANUAL PENGGUNA: PENGENALAN UMUM

Modul ini boleh dimuat turun.

Tekan di sini untuk muat turun fail Pdf

 

REFLEKSI

“Transformasi Pendidikan Negara telah digubal dan dilaksanakan untuk memenuhi keperluan persekitaran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) masa kini, tetapi…”

Adakah kita merancang dan melaksanakannya dalam persekitaran di bilik darjah mengikut keperluan dan aspirasi pendidikan negara?

“Guru diperkaya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran pedagogi  & kemahiran teknologi dalam kursus praperkhidmatan & dalam perkhidmatan untuk menzahirkan kemenjadian murid, tetapi…”

Adakah kita telah merangkai & mengintegrasikannya (connecting the dots…) ke dalam perancangan dan pengajaran kita?

CIDS – “Collaborative Instructional Design System” –  transforming teachers…..inspiring learners…

ARAHAN KEPADA PENGGUNA

Pengguna dinasihatkan mengikut langkah-langkah berikut untuk penggunaan CIDS yang berkesan:

  • Sila baca dan fahami pengenalan aplikasi CIDS ini terlebih dahulu untuk mendapat gambaran umum konsep & pengaplikasiannya dalam proses merancang instruksional. 
  • Tatacara/prosedur/panduan lengkap boleh diakses pada Manual Penggguna: Memulakan Perancangan, yang mengandungi beberapa Modul.
  • Anda digalakkan melaksanakannya secara berperingkat-peringkat mengikut modul untuk memudahkan pemahaman dan pengaplikasiannya.
          1.  

A. PENGENALAN

  • Pembinaan Sistem Reka Bentuk Instruksional Kolaboratif (Collaborative Instructional Design System – CIDS) adalah untuk menyediakan satu sistem untuk warga pendidik merancang & memantau pembelajaran dan melaksanakan  pembelajaran yang  sesuai dalam persekitaran maya.
  • Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE yang terangkum di dalamnya merupakan Alat Perancangan Pembelajaran (Instructional Design Tool) (
  • CIDS telah pun  melalui  proses penyelidikan  dan rintisselama 7 tahun dan mendapat verifikasi daripada tokoh-tokoh pendidikan dalam & luar negara serta daripada badan Center for Curriculum Redesign, US.

 

Perhatian!

CIDS bukan sekadar templat e-RPH  untuk memudahkan guru merancang pengajaran tetapi merupakan prosedur perancangan instruksional secara profesional & sistematik yang berlandaskan teori & prinsip-prinsip utama bidang reka bentuk instruksional (instructional design)

  1. Kerangka & Konsep CIDS
    • Elemen-elemen perancangan dalam CIDS didasarkan pada kandungan Dokumen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) terbitan KPM, 2017

Rajah 1: Dokumen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) terbitan KPM, 2017.

Rajah 2: Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) terbitan KPM, 2017.

  • Manakala Kerangka PAK21 yang terdapat pada  Four-Dimesional Education, (2015, 2019) terbitan badan antarabangsa Center for Curriculum Redesign diadaptasikan dalam CIDS dengan ihsan badan tersebut.

Rajah 3: Kerangka PAK21 – Four-Dimensional Education

“The 4-Dimensional Education (4DEdu) framework has been selected as the 21st Century Learning Framework in the Collaborative Instructional Design System (CIDS).  The 4DEdu-CIDS guides user in the instructional planning: redesigning, reconstructing, and reengineering academic directions, visualizing the current Education landscape towards preparing learners’ future career path that is relevant to the Fourth Industrial Revolution.”

(Pernyataan Charles Fadel terhadap CIDS dan kaitannya dengan Four-Dimensional Education)

Charles Fadel

Global Education Thought Leader, Author, Futurist, Inventor,
Founder & Chairman, Center for Curriculum Redesign, USA
Project Director at Harvard Graduate School of Education, USA

 

  1. CIDS bukan sekadar e-RPH:
  • Membantu guru merungkai standard kurikulum (unpacked curriculum standard) bagi memenuhi keperluan Pendidikan 4.0 (Education 4.0) serta keperluan pendidikan masa kini dan masa hadapan dalam menuju era Revolusi 4.0.
  • Boleh diadaptasi & diintegrasi dengan sumber-sumber luar (YouTube  dsb. dan Pakej aplikasi Google Classroom, DELIMa) di mana ia saling lengkap melengkapi proses perancangan pengajaran guru.
  • Memandu guru-guru ke arah Merancang Pembelajaran  Abad Ke-21 Secara Profesional & Sistematik sama ada bersemuka atau pembelajaran di rumah (PdPR).
  • Fitur-Fiturnya (features) boleh diubahsuai (customized) mengikut kreativiti guru-guru selari dengan konsep “desentralisasi” iaitu memberi autonomi kepada guru-guru dalam menentukkan corak perancangan bagi melahirkan Kemenjadian Murid di sekolah masing-masing.
  • Menyediakan panduan rangka merancang pembelajaran untuk STEM, STEAM, STREAM, Pengintegrasian Pendidikan Sivikdan Pembelajaran Teralih  & Terbeza (Flipped Learning & Defferentiated Learning).
  • Sebagai Nilai Tambah memberi kemudahan untuk merancang/melapor aktiviti kokurikulum, mengisi Penilaian SKPMg2, berkongsi PLC (Lesson Study), dan menyediakan tapak Pembelajaran Maya/Pembelajaran Teralih (Virtual & Flipped learning)  untuk murid-murid.

2. Laman Utama CIDS

Rajah 4: Screenshot – Informasi pada Laman utama CIDS

3. Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE

Model yang terangkum dalam CIDS ini merupakan aliran prosedur perancangan instruksional guru.

Rajah 5: Komponen  Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE

Model ASIE – Ia mengandungi 4 komponen yang dilengkapkan dengan info elemen-elemen PAK21 untuk dipilih dan dimasukkan dalam perancangan instruksional guru:

  1. (Analyze – Analisis, Strategize – Menyusun Stragegi,Implement – Melaksana, Evaluate – Menilai)  
  2. Komponen 1 & 2 mengandungi elemen-elemen Pembelajaran Empat-Dimensi.
  • Bagi setiap dimensi terdapat item-item Kemahiran PAK21 (diistilahkan sebagai kompetensi & subkompetensi) yang perlu dikuasai oleh murid.
    • Komponen 1 : Analyze – Analisis
    • Dimensi 1: Pengetahuan
  • Dimensi 2: Kemahiran
    • Kompetensi: Kreativiti, Pemikiran Kritis, Komunikasi, Kolaboratif
    • Subkompetensi: Huraian/tindakan yang terdapat di dalamnya
  • Dimensi 3: Watak
    • KompetensiKesedaran, rasa ingin tahu, keberanian, daya ketahanan, etika, kepimpinan
    • SubkompetensiHuraian/tindakan yang terdapat di dalamnya 

Dimensi 4: Pembelajaran-Meta

    • Kompetensi: Metakognisi, Pertumbuhan Penetapan Minda
    • Subkompetensi: Huraian/tindakan yang terdapat di dalamnya 

Rajah 6: Struktur Komponen,  Dimensi & Fungsi setiap komponen Model ASIE

B. ID DAN FUNGSINYA

 Setiap pengguna diberi ID yang berbeza fungsinya. Pastikan anda mendapat ID yang betul. Setiap orang hanya perlu ada 1 (satu) ID sahaja.

  1. ID dan fungsinya.
    • Setiap ID diikuti dengan nombor. Sila ingat nombor ID yang diberikan. Secara lalai (default) Kata laluan telah diberikan. Anda perlu menukar kata laluan tersebut (sekurang-kurangnya 8 aksara) untuk tujuan keselamatan.
    • Jika berlaku pertukaran keluar/masuk sekolah /dalam  & luar dearah/negeri, ID tidak perlu ditukar, hanya tukar infomasi yang berkaitan pada Menu Profil – Sunting Profil Saya.

Rajah 7: Jenis ID & Fungsinya

C. PERISTILAHAN  

  • Collaborative Instructional Design System (CIDS) Sistem Reka Bentuk Instruksional Kolaboratif – Sistem aplikasi untuk mereka bentuk instruksional merangkumi pelbagai aspek perancangan pembelajaran guru, murid serta pentadbir bagi memenuhi keperluan pendidikan peringkat lokal dan global.
  • Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE – Alat mereka bentuk instruksional – Instructional Design Tool (berlandaskan prinsip & teori reka bentuk pengajaran – instructional design) yang menyediakan aliran prosedur merancang pengajaran secara  professional & sistematik.
  • Professional Learning Komuniti (PLC) – kemudahan kepada guru menyediakan Lesson Study serta interaksi dan penyertaan pelbagai komuniti untuk berkongsi maklumat, sumber bagi membantu guru dalam proses PdP (Sarana Kominiti) melalui e-forum, chat, sidang video dan pembelajaran secara maya (online learning).
  • Komponen – Empat (4) komponen yang mempunyai beberapa aspek dalam Model untuk proses merancang instruksional.
  • Aspek – aspek-aspek  perancangan yang terdapat dalam setiap komponen model hasil adaptasi daripada Kerangka Pembelajaran PAK21 (KPM, 2017) dan Kerangka Pembelajaran PAK21 Four Dimensional Education (Center for Curriculum Redesign, 2015, 2019).
  • Item – beberapa item perancangan dalam setiap aspek yang boleh diubahsuai (customize) oleh pengguna.
  • RPT – Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi beberapa rancangan mingguan.
  • MIWMultiple Integration Worksheet (Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai) – ialah tapak koleksi maklumat perancangan mingguan yang  secara tidak langsung membentuk RPT secara automatik.  MIW juga akan dipilih kandungannya untuk mencipta RPH pada minggu tersebut.
  • RPH – Rancangan Pelajaran Harian – Terbentuk daripada
  • Adegan Pengajaran (Instructional Events)Langkah-langkah aktiviti PdPc dalam RPH.
  • Cipta Kelas (untuk penyelaras sekolah sahaja) mencipta kelas-kelas untuk pengajaran. Kelas yang dicipta oleh penyelaras dapat dikases oleh semua pengguna dalam institusi (sekolah)
  • Rekod – merujuk pada set perancangan pengajaran guru (MIW & RPH) yang lengkap dibina.
  • Cipta Rekod Baharu – mencipta rekod untuk membina RPH.
  • Buka Rekod– Buka rekod yang telah dicipta.
  • Waktu Pengajaran – Jadual waktu pengajaran (dicipta oleh guru) untuk kegunaan dalam sistem terutama pada penetapan tarikh dan waktu pengajarn (RPH).
  • Perkongsian Rekod – rekod lengkap yang dihantar untuk dikongsi oleh rakan-rakan lain.
  • Rekod Penyeliaan – senarai rekod perancangan guru di bawah penyeliaan seseorang pentadbir.
  • Rekod Belum Sah – Senarai rekod yang belum disah oleh pentadbir.
  • Pautan Ke Sumber Perkongsian – merujuk kepada proses memuat turut klip video, imej dan info dari internet atau bahan dari local folder untuk dimuatnaik ke laman perancangan pembelajaran CIDS untuk dikongsi bersama.
  • Pautan Ke Sumber Bukti Pengajaran – merujuk kepada proses memuat naik dari pelbagai sumber bahan sebagai bukti pengajaran yang dilaksanakan oleh guru (contoh: gambar kerja lapangan, laporan, aktiviti murid, dan sebagainya).
  • Sedia Dibimbing –  tercatat pada akhir helaian setiap RPH. Diaktifkan oleh guru untuk memberi notifikasi bahawa RPH berkaitan sudah tersedia untuk dipantau oleh pihak berkaitan (pemantau/penilai/pembimbing). Peringatan – pihak pemantau/penilai/pembimbing bebas boleh memilih mana-mana RPH yang telah dihantar oleh guru tanpa memerlukan notifikasi seperti di atas daripada guru.
  • Sisipan Ulasan – butang ini hanya dapat diakses oleh pemengan ID yang berkaitan sahaja (pemantau/penilai/pembimbing – Contoh: cidsdidik, cidsuper).  Mereka boleh menyisip ulasan bagi setiap langkah-langkah aktiviti pengajaran guru untuk tujuan bimbingan/penambahbaikan. Ulasan ini hanya boleh diakses oleh guru tersebut dan pihak yang berkaitan sahaja. Pihak pentadbir yang tidak berkaitan (Pengetua/Guru Besar) tidak boleh akses pada ulasan tersebut.
  • Cipta Pembelajaran Modular – mencipta rekod pengajaran yang mempunyai gabungan subjek bagi satu aras kelas atau gabungan subjek bagi aras-aras kelas yang berbeza (contoh: pembelajaran di sekolah SKM atau pada situasi tertentu).
  • PLC – Professional Learning Community – platform yang membolehkan guru atau komuniti luar mencipta tapak/bilik maklumat untuk warga CIDS berkomunikasi dan berinteraksi.
  • E-Forum – kemudahan fitur yang terdapat dalam tapak/bilik PLC yang dicipta oleh guru bagi membolehkannya memasukkan maklumat/isi pengajaran tambahan (sesuai untuk PdPR) untuk dijadikan tapak sesi interaksi murid bersama bahan-bahan yang dimuatkan oleh guru.
  • CIDS VideoCorps– Fitur untuk berkomunikasi secara maya (dalam kumpulan kecil) dalam kalangan pengguna CIDS (termasuk murid) dan tetamu yang diundang untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sahaja (fitur ini dapat diakses pada laman utama CIDS, laman utama Model ASIE, laman PLC, laman E-Forum dan laman Flipped Learning).
  •  Carta Aliran Prosedur Pelaksanaan CIDS

Sebagai sebuah sistem, pengguna harus mengikut aliran prosedur yang bermula dengan pendaftaran oleh penyelaras diikuti oleh pengguna, merancang pengajaran, membina aktiviti RPH dan menghantar untuk pengesahan.

D. PENDAFTARAN

  • Oleh kerana CIDS adalah sebuah sistem, maka ianya memerlukan pengguna mendaftar dengan ID yang diberikan.
  • Maklumat perlulah betul. Sebarang pemilihan maklumat yang disediakan perlulah tepat (contoh: nama daerah, sekolah, kod sekolah – perlu dipilih bukan ditulis).
  • Kesilapan maklumat pada bahagian ini akan mengakibatkan erata (error) pada bahagian-bahagian lain dan menjejaskan prosedur merancang pengajaran.

 Pemberitahuan: Klip video ringkas bagi setiap prosedur operasi disertakan  pada helaian model untuk panduan pengguna.

Pendaftaran – untuk semua peringkat institusi (sekolah, PPD, JPN) – dimulakan oleh penyelaras kemudian diikuti oleh pengguna yang lain.

Rajah 8:  Carta Aliran Prosedur Pelaksanaan CIDS

E. CIPTA & SUNTING KELAS

  • Dilaksanakan oleh Penyelaras sahaja untuk mencipta atau menyunting semua kelas. Kelas-kelas yang dicipta/disunting akan dapat dilihat dan digunakan oleh semua anggota ahli sekolah tersebut’
  • Dalam keadaan tertentu pengguna boleh cipta kelas gabungan untuk kegunaan sendiri jika perlu
  • Jadual Waktu Instruksional persendirian – membina jadual waktu dan jumlah RPH (dilaksanakan oleh semua pengguna CIDS yang terlibat dalam PdP)

F. RANCANG

 Konsep Perancangan 

  • Cipta Rekod– item perancangan yang dipilih untuk 1 minggu dikumpulkan dalam Lembaran Integrasi Pelbagai (Multiple Integration Worksheet – MIW – templet perancangan pengajaran) 
  • Cipta RPH– memilih item-item untuk mencipta beberapa RPH mengikut jadual instruksional   

Rekod – satu pakej perancangan  yang lengkap (MIW & RPH) bagi 1 minggu pengajaran untuk 1 subjek.   (Terdapat keadaan boleh digabungkan dengan beberapa subjek – contoh: Pembelajaran Modular atau keadaan-keadaan lain).

Rajah 9: Konsep Perancangan CIDS

G. PAUTAN KE PELBAGAI SUMBER PERKONGSIAN / MEMAPAR BAHAN PAUTAN PADA RUANG ADEGAN PEMBELAJARAN (langkah-langkah aktivit pembelajaran)

  1. PAUTAN KE PELBAGAI SUMBER PERKONGSIAN / MEMAPAR BAHAN PAUTAN PADA RUANG ADEGAN PEMBELAJARAN (langkah-langkah aktivit pembelajaran)

Contoh:

  • Sumber imej dari Google Image – mungkin berubah dari semasa ke semasa cara menyalin & menampal  (terdapat berbagai cara menyalin dan menampal bahan – ikut cara dan kreativiti guru).
  • Operating System (OS) yang ada pada komputer riba/tablet/dan telefon bimbit akan menyebabkan perbezaan cara menyalin dan menampal bahan. Anda dinasihatkan untuk meneroka sendiri caranya.
  • Cara yang dicatat di bawah atau pada menu di paparan laman CIDS  hanya untuk aplikasi komputer riba pada keadaan semasa sahaja.

Peringatan:

  • Anda mungkin menerima mesej untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan storan-storan/pelantar yang berkaitan jika belum berbuat demikian.
  • Bahan-bahan pada storan-storan/pelantar tersebut perlulah dibuat tetapan (setting) agar bahan-bahan tersebut dapat dikongsi oleh semua pengguna.
    • Pautan Bahan dari Google Drive
    • Pautan Bahan dari Google Classroom
    • Pautan Bahan dari Microsoft OneDrive
    • Pautan Bahan dari Pelantar DELIMa
  1. Kongsi Rekod (memenuhi keperluan aspek kolaboratif dalam kalangan guru)

Rekod yang dicipta boleh diberi kebenaran untuk perkongsian dengan rakan-rakan dalam sekolah yang sama atau pada pengguna di sekolah atau daerah/negeri yang lain. Peringkat prosedurnya adalah seperti berikut:

  • Memberi Kongsi
  • Menerima Rekod yang diberi kongsi
  • Menyalin Rekod yang diberi kongsi
  • Membuka Rekod yang diberi kongsi untuk tujuan suntingan      

 

2.Cetak/Simpan PDF

  • CIDS juga menyediakan pilihan untuk mencetak / simpan di atas keperluan. Cetakan/Simpan PDF tidak boleh dibuat secara pukal.
  • Disediakan dalam 2 cara: (ii) cetakan penuh (iii) cetakan ringkas
  1. Menukar Tetapan (untuk memenuhi keperluan dan memberi autonomi kepada guru mengubahsuai sebahagian item perancangan mengikut keperluan sendiri)
    • Menukar Tetapan bermaksud – mengubah penyusunan (customized) atau menambah item-item baharu pada aspek-aspek yang ada pada model ASIE.

Penyesuaian/tambahan item-item boleh dibuat pada setiap aspek-aspek yang terdapat pada komponen satu (1) Analyze (Analisis) dan (2) Strategize (Menyusun Strategi) sahaja yang melibatkan pengisian perancangan.

H. PEMBELAJARAN MODULAR/KELAS BERCANTUM

  • Pembelajaran Modular – Pengajaran yang mempunyai gabungan subjek bagi satu aras kelas atau gabungan subjek bagi aras-aras kelas yang berbeza (contoh: pembelajaran di sekolah SKM atau pada situasi tertentu).

Kelas Bercantum – 2 kelas (atau lebih) dicantum untuk mewujudkan 1 kelas

Contoh: (i) Kelas untuk sekolah SKM (sekolah kurang murid) (i) Kelas Pendidikan Islam/Pendidikan Moral atau PJPK yang digabungkan mengikut subjek  atau jantina.

I. INTEGRASI PENDIDIKAN SIVIK DALAM SUBJEK PEMBELAJARAN

  • Menyediakan format untuk interasi Pendidikan Sivik dalam subjek pada akhir bulan. Disediakan pilihan tema mengikut apa yang dikeluarkan oleh KPM.

J. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN (OPSYENAL)

  1. Lesson Study (bagi memenuhi keperluan  sebahagian aktiviti PLC)

Perhatian: Untuk tujuan lesson study, guru secara kolaboratif dalam kumpulan mencipta RPH yang lengkap. RPH boleh dicipta melalui  ID salah seorang ahli kumpulan lesson study yang terlibat. Semua nama ahli yang terlibat akan dimasukkan dalam borang Pemerhatian & borang Refleksi kemudian nanti.

          (Sila rujuk Lesson Study: Manual Pengguna)

  1. Laporan Kokurikulum – Menyediakan ruang untuk guru mencatat laporan kokurikulum

(Sila rujuk Laporan Kokurikulum: Manual Pengguna)

  1. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Gelombang 2—SKPMg2 ) – Memberi kemudahan kepada guru/pentadbir menyediakan laporan & anlisis yang diperlukan oleh KPM.

(Sila rujuk SKPMg2: Manual Pengguna)

  1. Pembelajaran Maya – E-Forum (memenuhi keperluan pembelajaran di rumah PdPR)  –  Menyediakan pelantar untuk kegiatan pembelajaran maya berformatkan E-Forum sebagai aktiviti PdPR.

(Sila rujuk Pembelajaran Maya – E-Forum: Manual Pengguna)

  1. Pembelajaran Maya – Flipped Learning – (memenuhi keperluan pembelajaran di rumah PdPR) Menyediakan pelantar untuk kegiatan pembelajaran maya berdasarkan aplikasi Moodle yang telah diubahsuaikan     untuk PdPR.

(Sila rujuk Pembelajaran Maya – Flipped Learning: Manual Pengguna)

K. RUMUSAN

CIDS Sebagai:

  1. ALAT PERANCANGAN INSTRUKSIONAL – (Instructional Design Tool) melalui Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE
  • Merancang/berkongsi perancangan instruksional (RPH – bersemuka/PdPR) untuk semua subjek (mengikut keperluan landskap pendidikan semasa).
  • Memuatnaik bahan pengajaran/bahan refleksi dari pelbagai sumber (Google Classroom/YouTube/Google info/imej/pautan ke laman sesawang).
  • Memantau, membimbing & mengesah rekod pengajaran secara maya untuk pentadbir bagi semua peringkat (sekolah hingga ke KPM).

 

  1. PERANCANGAN UMUM (opsyenal)
  •  Menyediakan opsyen perancangan Kokurikulum & Koakademik,  Pelaporan  SKPMg2,  PLC (Lesson Study).
  • Menyediakan opsyen untuk pembelajaran digital (digital home-based learning)
  • Analisis statistik – perancangan instruksional, elemen-elemen PAK21.

 

  1. SALURAN KOMUNIKASI
  • Menyediakan opsyen interaksi dalam e-Forum, sembang maya melalui CIDS-VideoCorps, pautan ke DeLiMa.