PEMBELAJARAN MAYA – E-FORUM – MANUAL PENGGUNA

A. PENGENALAN

    • E-Forum – sebagai satu alternatif digital learning
    • Berasaskan konsep facebook, whatsapps & chat yang sudah dikenali dan sudah ada kemahiran kegunaannya dalam kalangan guru dan pelajar.
    • Boleh menggunakan laptop atau telefon pintar
    • Terdapat juga limitasi (had) aplikasinya
    • Pembelajaran berlaku dalam komuniti yang dicipta oleh guru
    • Terdapat  topik bimbingan teknikal untuk memudahkan penggunaannya

TOPIK 1: DAFTAR MASUK GURU

TOPIK 2: CIPTA KUMPULAN KOMUNITI

TOPIK 3: CIPTA BAHAN PEMBELAJARAN

TOPIK 4: MENDAFTAR PELAJAR

TOPIK 5: PELAJAR MENYERTAI FORUM

TOPIK 6: INTERAKSI PELAJAR DALAM FORUM

 

B. DAFTAR MASUK GURU

  1. Log masuk ke aman Pembelajaran Maya PLC
    • Log in ke CIDS macam biasa.
    • Pada Menu Utama Model ASIE tekan Pembelajaran Maya
    • Pada Submenu tekan Komuniti Pembelajaran Profesional Digital (PLC)
    • Tekan Laman PLC
    • Sila baca maklumat di situ untuk pemahaman

Laman PLC mengandungi beberapa Kategori Komuniti yang telah dibentuk untuk menjemput pengguna masuk berkongsi aktiviti pembelajaran digital. Laman ini juga mempunyai Komuniti Persendirian di mana pengguna boleh membentuk & mencipta komuniti sendiri (Contoh: Guru cipta komuniti) dan kemudian menjemput pelajar-pelajar menyertainya untuk pembelajaran dalam talian.

PROSEDUR 2: PROFIL DIRI

 Tekan pada Ahli-ahli PLC pada paparan utama PLC

  1. Senarai nama ahli-ahli PLC dipaparkan

  • Kebiasaannya nama anda muncul pada senarai teratas (lihat contoh)
  • Contoh: Jika nama TASHIR AZHAR BIN TAJON AROS
    1. Tekan pada nama anda
    2. Sila ambil perhatian foto anda belum dipaparkan sebab tetapan (setting) foto pada Profil Saya (Model ASIE) yang terdahulu berbeza dengan tetapan pada Pembelajaran Maya ini (2 platform yang berbeza)
    • Foto yang dipaparkan pada nama-nama lain menunjukkan mereka sudah selesai daftar untuk Pembelajaran Maya CIDS ini.
    • Paparan Tetapan untuk Profil anda muncul

PAPARAN PROFIL NAMA ANDA

  1. Terdapat beberapa menu dan submenu
  2. Tumpukan pada Menu Profil (paparan secara default)
  3. Terdapat submenu – Papar (paparan secara default)
  4. Terdapat submenu Sunting & Tukar Foto (ini akan dibuat tetapan) yang lain abaikan buat ketika ini.
  5. Tekan pada setiap submenu ini, ikut arahan dan isikan maklumat yang diperlukan (sila baca maklumat disitu dengan hati-hati sebelum mengisinya)

 

Dalam submenu ini anda boleh:

  1. Muat Naik – Pilih fail foto anda dari local drive Atau ambil foto
  1. Tekan Ambil Foto – tekan submenu ini – sistem akan janakan (activate) kamera laptop dan wajah anda akan terpapar – ikut arahan
  2. Tekan Capture
  3. Wajah anda dipaparkan di kotak ini
  4. Tekan Save
  1. Foto anda diisisip (insert) sebagai foto rasmi dalam Pembelajaran Maya CIDS
  2. Tekan Papar untuk melihat maklumat profil anda

Proses melengkapkan profil anda berakhir di sini. Ia tidak perlu diulang lagi apabila login kecuali ingin menukar profil diri dan foto.

C. CIPTA KUMPULAN KOMUNITI

  1. Makluman
    • Dicadangkan kumpulan komuniti ini dicipta mengikut guru (bukan mengikut subjek atau kelas)
    • Ini mengelakkan terlalu banyak komuniti dicipta
    • Pelajar akan masuk ke e-Forum apabila pembelajaran sudah disediakan oleh guru
    • Pemberitahuan boleh dibuat melalui jadual yang dihantar pada awal interaksi
    • Ia boleh juga dimaklum melalui kumpulan whatapps atau dengan kaedah yang lain

  2. Prosedur Mencipta Kumpulan Komuniti

    • Login seperti biasa hingga ke Laman PLC
    • Tekan Komuniti Persendirian
    • Tekan Cipta Komuniti
    • Isi butiran Nama Komuniti
    • Tekan Cipta Komuniti dan Teruskan hingga ke Foto (sila ikut arahan)
    • Pilih fail yang mengandungi logo kumpulan daripada storan anda. (Sediakan logo terlebih dahulu untuk kumpulan anda)

D. CIPTA BAHAN PEMBELAJARAN

  1. Makluman

Anda boleh menyisip pelbagai bentuk bahan dalam ruang e-forum ini (bahan dari Google Classroom (aplikasi Google Doc, slide dll., klip video dari YouTube, rakaman audio dari sound recorder, bahan dari storan Goggle Drive, One Drive dll) bergantung kepada kemahiran dan kreativiti anda. Pembelajaran akan menarik jika guru kreatif menyediakan bahan untuk pelajar-pelajarnya.  Anda boleh menggunakan komputer riba atau telefon pintar untuk pembelajaran digital E-Forum ini.

  2. Prosedur Mencipta Bahan Pembelajaran

    • Log masuk hingga ke laman Komuniti Persendirian
    • Tekan pada komuniti yang anda cipta (contoh: pada komuniti Fizik Tingkatan 4)

  3.  Prosedur Menyisip Bahan:

    • Masukkan arahan yang ringkas (apa yang perlu dibuat oleh pelajar)
    • Masukkan Topik
    • Masukkan Tajuk Perbincangan (ringkas)
    • Masukkan sisipan bahan pautan (satu pautan bagi satu hantaran)
      • Contoh: Pautan storan dari Google Drive, One Drive, Google Classroom, YouTube, Laman Sesawang dsb.
      • Fail yang ada di storan tersebut, tetapannya perlulah boleh dikongsi (sharable)

Contoh 1: pautan video

          • Tekan pada butang menu YouTube
          • Cari Klip Video dan salin (copy) URL
          • Kembali ke laman PLC dan Tampal pada ruang forum ini
          • Tekan Hantar

Contoh 2: Pautan dari storan

(a) Pautan dengan bahan dari storan

              • Google classroom (Google Drive) atau
              • Microsoft One Drive (perlu buka akuan)
              • Bahan yang dibina sendiri perlu diupload ke Google Drive atau OneDrive. Kecuali bahan yang dibina menggunakan Google apps (Google slides, form, document dll) dan Microsoft packages online yang lain.
          •  (b)  Pautan dengan pelantar tertentu
              • Tekan pada butang yang berkaitan (Contoh: Ke laman Google Classroom/DELIMa)
              • Salin fail (pastikan ia diberi kebenaran kongsi untuk semua)
              • Tampal pada ruang forum
              • Tekan Hantar

(c) Pautan dengan google info/google image dsb.

              • Tekan butang yang berkaitan pada menu utama
              • Salin alamat url
              • Tampal pada ruang forum
                • sama ada tampal terus atau
                • tekan simbol pautan (link) dan tampal url di situ (ikut arahan) – masukkan nama bagi pautan itu
                • paparan akan menampakkan nama dan bukannya alamat url

   4. Ruang Sembang (Chat)

  •  (a) Berinteraksi di ruang chat

Apabila berada dalam kumpulan PLC ruang Chat akan terpapar di bawah sebelah bucu kanan.

          • Tekan Public Chatroom untuk berinteraksi dengan semua
          • Atau Tekan Nama individu pada Public Chatroom serta tekan Send Message untuk berinteraksi secara private

(b) Apa yang boleh dilakukan dalam Chat?

Perkara berikut boleh dilaksanakan melalui ruang chat:

          • Taip mesej & tekan Send
          • Hantar ikon
          • Sisip gambar
          • Upload file (muat naik fail)

(c) Kaitan Chat dengan aktiviti Forum

        • Chat – boleh dijadikan ruang persediaan berinteraksi /perbincangan secara tidak formal sebelum ia dicatat pada ruang Forum
        • Chat – ibarat kertas catatan sementara
        • Forum – ibarat papan putih/papan hitam/persembahan di skrin LCD di hadapan kelas.

Catatan

            • Strategi penggunaannya bergantunglah kepada kreativiti guru masing-masing.
            • Inilah masanya anda boleh membuat inovasi dalam Pembelajaran Digital.
            • Inovasi tidak semestinya sesuatu yang canggih tetapi yang paling mudah, praktikal serta dapat memenuhi proses pembelajaran.
            • Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas ICT adalah diperlukan dalam persekitaran Pembelajaran Digital.

E. MENDAFTAR PELAJAR

  1. Makluman  
    • Guru boleh daftar masuk pelajar dan datanya boleh digunakan oleh semua guru
    • Bermaksud pendaftaran pelajar dibuat sekali sahaja dan semua guru boleh guna untuk menjemput pelajar sertai aktiviti forum subjek masing-masing untuk kelas tersebut dalam komuniti masing-masing
    • Guru harus bekerjasama untuk menentukan siapa yang akan daftar murid untuk kelas tersebut (mesej error akan keluar jika pelajar itu didaftar dua kali)
    • Guna ID, Email & password & username yang diberi oleh KPM (GC) – tidak perlu cipta yang baharu (terpulang kepada guru jika perlu mencipta ID yang lain)
    • Ini untuk memudahkan urusan info ID murid
    • Pelajar boleh juga daftar sendiri (tidak digalakkan)

   2. Prosedur Mendaftar Pelajar

(a) Log Masuk

        • Log masuk ke laman CIDS seperti biasa
        • Tekan Pembelajaran Maya – Komuniti Pembelajaran Profesional Digital (PLC)
        • Tekan Daftar Pelajar Baharu ke PLC

 

Pendaftaran boleh dibuat secara individu atau kumpulan (muat naik fail Excel yang disedia)

 

(b) Mendaftar Pelajar (individu)

        • Isikan semua maklumat yang diperlukan
        • Tekan Tambah Pelajar
        • Ulangi semula untuk pelajar kedua
        • Tekan Tambah Pelajar bagi setiap kali entry data pelajar
        • Setelah tamat semuanya tekan Tutup

Contoh:

              • Guna ID Goggle classroom untuk daftar
              • Salin (copy) dari data daftar murid (GC) & Tampal (paste) ke ruang ini
              • Tekan Tambah Pelajar
              • Ulangi proses ini untuk pelajar seterusnya
              • Tekan Tambah Pelajar setiap kali nama pelajar ditambah
              • Tekan Tutup
  • Lihat contoh:

(c) Mendaftar Pelajar (secara kumpulan – guna fail Excel yang disedia)

Sila lihat dan ikut arahan yang diberikan

 

F. PELAJAR MENYERTAI FORUM

(1) Menjemput Pelajar Menyertai Komuniti

Anda perlu berada pada Komuniti yang anda cipta (lihat nota untuk Cipta Komuniti)

      • Tekan Komuniti Persendirian
      • Contoh: Tekan pada komuniti SEMETHOS (Contoh: jika ini komuniti yang anda cipta)
      • Tekan pada Hantar Jemputan

    • Tulis nama ringkas pada ruang Cari ahli untuk dijemput. Tekan pada ruang tersebut.
    • Nama yang dicari akan muncul dan tekan untuk pilih
    • Tekan Hantar Jemputan
    • Nama pelajar yang dijemput akan dikeluarkan dari senarai umum

 

    • Nama pelajar akan tersenarai dalam paparan baharu (gambar belum ada sebab pelajar belum kemaskini profilnya)
    • Tekan Padam Jemputan jika ingin keluarkan pelajar daripada komuniti
    • Nama pelajar tersebut akan dimasukkan kembali dalam senarai umum

 

G. INTERAKSI PELAJAR DALAM FORUM

1. Prosedur Login Ke Laman CIDS

        • Layari https://asiemodel.net/ms
        • Pada Menu Utama tekan PROGRAM PLC
        • Kemudian tekan Laman PLC pada submenu
        • Tekan Login (bukan daftar)
        • Masukkan Email & Password (Kata laluan yang didaftarkan oleh guru)
        • Sila masukkan info yang betul. Pelajar digalakkan mencatatnya dalam notepad atau dokumen untuk mudah menyalin dan menampal setiap kali login.
        • Tekan Log in

Contoh seperti berikut:

CATATAN:

  •  Setiap pelajar perlu log in ke laman PLC seperti langkah di atas (tidak boleh masuk ke Model perancangan guru).

2. Prosedur Mengemaskini  Profil Pelajar (opsyenal)

 CATATAN:  Pelajar boleh langkau (skip) langkah-langkah ini jika tidak ingin mengemaskini profilnya  (paparan tidak akan ada gambarnya). Digalakkan pelajar melaksanakannya sebagai latihan menggunakan pembelajaran maya secara lengkap. Guru boleh juga bantu murid-muridnya (terutama Tahun 1 dan yang memerlukan bantuan).

 

 

3. Prosedur Menyertai Kumpulan

(a) Situasi 1: Anda telah dijemput Masuk

          • Log in macam biasa hingga ke laman Komuniti Persendirian
          • Cari nama komuniti yang ingin disertai. Contoh: Komuniti SEMETHOS
          • Tekan Terima Jemputan – jika guru anda sudah menjemput anda (hanya buat pertama kali sahaja)

(b) Situasi 2: Anda tidak dijemput masuk tetapi ingin menyertainya

          • Log in macam biasa hingga ke laman Komuniti Persendirian
          • Cari nama komuniti yang ingin disertai. Contoh: Komuniti SEMETHOS
          • Tekan Mohon Keahlian – (hanya buat pertama kali sahaja)
          • Tunggu untuk mendapat kelulusan
          • Anda boleh logout dahulu kemudian login semula jika permohonan anda diterima
          • Jika anda masih menunggu – lakukan refresh/reload pada laptop atau pada telefon pintar anda

4. Prosedur Menyertai Aktiviti Forum

Paparan berikut muncul: Beri maklumbalas (berdasarkan satu contoh:)

          • Baca arahan yang diberi oleh guru
          • Tonton Klip video yang terpapar atau tekan pautan (link) yang diber
          • Catat jawapan pada ruang Komen atau pada ruang atas jika adikana perkara baharu yang hendak dikemukakan.

(a) Manambah/memuat bahan

          • Dalam bentuk teks di ruang forum
          • Dalam dokumen – lembaran kerja – (google doc atau google slide, imej dan sebagainya)
          • Bahan perlu disimpan pada google drive atau di OneDrive terlebih dahulu
          • Klip video dari YouTube
          • Klip video yang dirakam sendiri perlu dimuatnaik ke YouTube terlebih dahulu
          • Pautan bahan disalin ke ruang forum dengan menekan butang yang tertentu

(b) Ruang Chat (sembang)

            • Ruang ini disediakan sebagai ruang perbincangan dengan rakan-rakan sebelum dicatatkan pada ruang forum.
              • Tekan Public Chat pada ruang chat untuk berbincang dengan semua rakan
              • Atau tekan pada nama rakan tertentu untuk berbincang dengannya
            • Ruang ini juga boleh dikepilkan fail atau gambar atau pautan (link)