Kemahiran Belajar dan inovasi meliputi aspek kolaboratif, literasi digital, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah perlu diterapkan kepada pelajar bagi membantu mereka bergerak maju dalam situasi pembelajaran pada masa ini dan masa hadapan.

Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21  adalah didasarkan kepada kerangka yang dikeluarkan oleh pihak Center for Curriculum Redesign iaitu Four Dimensional Education. (Fadel, C. Trilling, B. Bialik, M., 2015, – http://curriculumredesign.org/our-work/four-dimensional-21st-century-education-learning-competencies-future-2030/), 2015, 2019. Ia dijadikan  asas kerangka pembinaan CIDS untuk guru merancang pengajaran guru.

Oleh itu, dalam memenuhi keperluan Pembelajaran Abad Ke-21, ianya harus direka semula supaya lebih fleksibil dan berkemampuan menyesuaikan mengikut perkembangan masa kini dan masa hadapan yang tidak menentu. Kerangka ini memfokuskan pada komponen:

  • Pengetahuan (apa yang perlu diketahui dan difahami),
  • Kemahiran (bagaimana menggunakan pengetahuan itu),
  • Watak (bagaimana berkelakuan dan terlibat dalam dunia), dan
  • Meta-Pembelajaran (bagaimana kita dapat merenung atau membuat refleksi dan menyesuaikan diri dalam perkembangan pembelajaran).

Kerangka Pendidikan Empat-Dimensi (4D-Edu) telah dipilih sebagai Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (CIDS).

4DEdu-CIDS membimbing pengguna dalam perancangan pengajaran – merancang, menyusun, dan menentukan semula hala tuju akademik, mevisualisasikan landskap pendidikan semasa sebagai persediaan laluan kerjaya masa depan pelajar yang relevan dengan keperluan Revolusi Industri Ke-Empat (IR4.0).

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan Kerangka PAK21 pada tahun 2017 yang menggabungkan beberapa aspek penting dalam proses pemudahcaraan dan pembelajaran (PdPc) guru.

CIDS dibina dengan mengambil kira aspek-aspek yang terdapat pada kedua-dua kerangka ini dan aspek-aspek lain yang berkaitan.

Bagaimanakah guru mereka bentuk pengajaran—meneroka potensi  pelajar  dan menyediakan peluang dalam memperkembang dan menjana pemikiran pelajar-pelajar?

Pendekatan yang strategik, sistematik berasaskan pemusatan  pelajar diperlukan  bagi mempertingkat dan melestarikan  kualiti pendidikan Abad Ke-21 melalui  Model reka bentuk instruksional yang inovatif iaitu Model Reka Bentuk Instruksional  Integral ASIE.