Dr. Ismail Md. Zain

merupakan mantan Pensyarah Cemerlang Gred Khas B di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak, Malaysia. Beliau juga dinobatkan dalam senarai “Wall of Fame” di Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, USM Pulau Pinang. Menjalankan tugas sebagai konsultan pada TUTOR, Pendidikan Utusan, Utusan Malaysia. Beliau mendapat PhD dalam bidang reka bentuk pengajaran (instructional design) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1994.

Selanjutnya….

drbalakrishnanDr. Balakrishnan Muniandy

ialah seorang Profesor di Pusat  Teknologi Pengajaran dan Multimedia,Universiti Sains Malaysia (USM), Penang, Malaysia.Beliau memperoleh PhD dalam bidang Teknologi Pendidikan dari University of Oregon Amerika Syarikat  dalam tahun 2000. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai bidang  pendidikan selama 35 tahun.

Selanjutnya…..

Verifikasi

 

“Saya amat teruja  dengan Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE. Saya percaya ia menggambarkan pendekatan bersepadu terhadap pendidikan dan kurikulum dalam memenuhi keperluan perancangan pembelajaran Abad Ke-21. Saya dengan ini memuji atas usaha pembinaan model ini dan mengesyorkan agar  model ini dapat digunakan dan dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan  pendidikan masa hadapan.”

— Dr. Richard Cameron
(Dr. Cameron Richards ialah seorang pakar akademik dari Australia. Beliau mempunyai pengalaman luas berkerja dalam bidang pendidikan di kawasan Asia Pasifik – termasuk jawatan Profesor di Universiti Nangyang, Singapura, Institut Pendidikan Hong Kong, Universiti Australia Barat dan Universiti Teknologi Malaysia. Beliau membuat verifikasi terhadap Model ASIE ini.)

 “ASIE ialah model reka bentuk pengajaran yang mempunyai  asas yang kukuh serta bersandarkan kepada prinsip-prinsip pembelajaran dan pengajaran yang fleksibel, mudah membuat adaptasi dan mampu mewujudkan keberkesanan dalam hampir setiap persekitaran pengajaran termasuk persekitaran pembelajaran Abad Ke-21 mahupun yang ke hadapan.  Sebagai model konseptual yang direka bentuk secara  insklusif, ia diintegrasikan dalam alat perancangan (MIW)  dengan fungsi-fungsi pengurusan operasi kitaran (the operational cyclical management functions), proses dan teknik dalam  Perancangan, Penyusunan, Implementasi dan Penilaian.  Model yang sistematik dan sistemik,  bersifat mesra pelajar serta diintegrasikan dengan inovasi pengajaran  berasaskan teknologi  (technological-based instructional innovation) menjustifikasikannya   sebagai salah satu jentera (vehicle) atau  pemboleh (enabler) untuk merealisasikan visi transformasi pendidikan dan misi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 secara keseluruhan. Model ini memenuhi keperluan Pendidikan Abad Ke-21 seluruh negara.”

 — Profesor Dato’ Dr. Ab.Rahim Selamat
(Profesor Dato’ Dr. Ab.Rahim Selamat setelah tamat perkhidmatannya dalam beberapa university awam dan institusi pendidikan, memegang jawatan sebagai Principal Consultant of ARH Educational Services and Programme and Academic Development Advisor. Beliau dilantik sebagai Panel Penasihat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.)

 

“Model ASIE pada asasnya merupakan model perancangan pengajaran secara keseluruhan. Ia merupakan adaptasi beberapa model ID yang lain seperti Model Dick & Carey (2010),  Model Dick & Reiser (1998) dan bersumberkan Model generik ADDIE kecuali pengarang mampu mengintegrasikan komponen reka bentuk (design) dan pembangunan (development) ke dalam komponen yang dicipta iaitu menyusun strategi (strategize)mengandungi elemen integrasi (integrating),penyesuaian ( accommodating), aplikasi (applying) penerapan (instilling) dan pembentukan (formulating). Kesemua elemen ini diintegrasikan dalam  Lembaran kerja Pelbagai Integrasi (MIW- Multiple Integration worksheet) berfungsi menyediakan guru dalam proses perancangan pengajaran mereka. Ciri yang menarik model ini ialah ia mampu menyesuaikan dengan Kemahiran-kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21. Saya percaya model ini boleh digunakan oleh guru-guru sekolah, perancang kurikulum,  pereka bentuk pengajaran untuk mencipta, mengguna dan mengurus maklumat, teknologi dan bahan-bahan media untuk memudahkan proses persekitaran Pembelajaran dan Pengajaran Abad Ke-21.

 — Profesor Dr. Yusup Hashim
(Profesor Dr. Yusup Hashim ialah pereka bentuk pengajaran. Sebagai profesor yang bersara, setelah lama berkhidmat dan berpengalaman luas, beliau masih terlibat sebagai Profesor Sambilan di  Asia e University and College MCS Banting, Selangor, Malaysia. Beliau juga sebagai Penyelia dan Pemudahcara Akademik Sambilan bagi calon PhD. Beliau membuat verifikasi terhadap  model ASIE)