Strategi merancang merupakan prosedur aliran perancangan pengajaran mengikut komponen yang terdapat dalam model.
Analyze—Analisis
- Profil pembelajaran – bermula dengan mengenal pasti profil pengajaran yang dirujukkan kepada item-item yang dibina seperti subjek, standard kandungan, standard prestasi, objektif pembelajaran dan item-item yang lain.
- Profil pelajar—seperti inventori Ujian psikometrik dan profil-profil lain dianalisis dan dikenalpasti untuk tujuan mereka bentuk rancangan pengajaran bagi memenuhi keperluan pelajar yang berbeza-beza.
- Profil media pengajaran— Jenis-jenis dan ciri ciri media seperti elemen dan komposisi media dipilih dan dikenalpasti untuk disesuaikan dan diintegrasikan dalam proses PdPc.
Strategize (menyusun strategi)
- Integrasi—Media— dalam komponen kedua, strategi pengintegrasian media pengajaran dikenalpasti
- Menyesuai kemahiran— fitur-fitur kemahiran belajar Abad Ke-21 dipilih.
- Mengapliksi alat—pelbagai alat pengajaran (teknik, kaedah, dan pendekatan (Newby, et al. 2000) dan alat berfikir yang sesuai terutamanya yang berlandaskan prinsip-prinsip kemahiran berfikir aras tinggi dipilih.
- Menerap nilai—nilai-nilai moral dikenalpasti dan dipilih.
- Membentuk soalan pengajaran—Ia adalah soalan-soalan utama atau pernyataan utama untuk topik yang dipilih yang akan membentuk strategi-strategi pengajaran dalam Lembaran Integrasi Pelbagai (MIW).
Implement (melaksana)
- Komponen ketiga dalam model ini ialah peringkat pelaksanaan di mana guru-guru boleh menggunakan MIW sebagai perancangan pengajaran keseluruhan (peringkat makro) atau rancangan pelajaran harian (peringkat mikro) dalam amalan bilik darjah.
Evaluate (menilai)
- Komponen terakhir ialah peringkat penilaian di mana maklum balas dikumpul untuk menyemak dan menilai strategi-strategi perancangan pengajaran dalam komponen tertentu . Ini adalah proses refleksi untuk penambaikan perancangan tersebut.