Memenuhi Kerangka PAK21 Pendidikan Empat-Dimensi (4D-Edu, CCR, 2015)

                        Keperluan Pendidikan Negara


Melangkah Lebih Jauh Ke Hadapan Bersama KPM






“Transformasi Pendidikan”




Melaksana perancangan pengajaran  secara profesional dan sistematik” – SKPMg2

Melayani keperluan Revolusi Industri – IR4.0, mementingkan automasi robot dan analisis data besar dalam pelaksanaan tugas, dan teknologi komputasi awan “cloud computing”

Menyokong “Kelestarian Pembangunan Matlamat 4 – Agenda Pendidikan 2030 (UNESCO)”– memastikan kualiti pendidikan yang inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.
Sistem merancang pengajaran pendidikan  yang berkualiti dan fleksibel, menerajui bidang reka bentuk pengajaran di peringkat glokal – TN50

The 4-Dimensional Education (4DEdu) framework has been selected as the 21st Century Learning Framework in the Collaborative Instructional Design System (CIDS).  The 4DEdu-CIDS guides user in the instructional planning: redesigning, reconstructing and reengineering academic directions, visualizing the current Education landscape towards preparing learners’ future career path that is relevant to the Fourth Industrial Revolution.

Charles Fadel
Global Education Thought Leader, Author, Futurist, Inventor,
Founder & Chairman, Center for Curriculum Redesign, USA
Project Director at Harvard Graduate School o Education, USA

(Catatan oleh Charles Fadel – Satu pengiktirafan badan profesional antarabangsa terhadap CIDS. Tekan di sini untuk menonton klip video perbualan Charles Fadel berkaitan CIDS)

 

Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (CIDS)

Apa itu Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (CIDS)?

Ia adalah Alat Aplikasi Mereka Bentuk Pengajaran Guru Abad Ke-21 secara atas talian. Pendidikan Empat-Dimensi (Four-Dimensional Education, CCR, 2015) digunakan sebagai asas Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21.

Kenapa?

  • Menyediakan pengamal dalam pendidikan alat dan perspektif yang bernilai, untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan latihan serta memenuhi keperluan Pembelajaran Abad Ke-21 untuk semua pelajar tanpa mengira kemampuan mereka.
  • Mematuhi Matlamat Pembangunan Mampan 4-Pendidikan 2030 (UNESCO) – memastikan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.
  • Melangkah Lebih Jauh Ke Hadapan bagi mencapai proses pembelajaran dan pengajaran yang dinamik, aktif dan inovatif bertaraf negara maju.

BAGAIMANA?

  • Melalui aplikasi Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE (Model ASIE) dan Program Komuniti Pembelajaran Profesional.(PLC)
  • Menjana kreativiti guru untuk merungkai kurikulum (unpack the curriculum) membentuk item perancangan pengajaran (RPH) berlandaskan ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21 dan amalan pedagogi peringkat global
  • Guru boleh mengubahsuai (customize) format RPH mengikut keperluan sekolah.
  • Boleh mengubahsuai perancangan untuk kelas, kumpulan atau Perancangan Mengikut Acuan Murid (personalized lesson)
  • Membolehkan pengintegrasian pembelajaran STEM, STEAM dan STREAM dalam RPH.
  • Membolehkan pelaksanaan pembelajaran berbentuk Modular dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP).
  • Menyediakan kemudahan laporan digital untuk aktiviti Lesson Study, penilaian SKPMg2 dan aktiviti kokurikulum.
  • Memudahkan pemantauan dan bimbingan pentadbir di pelbagai peringkat.
  • Berkomunikasi, berkolaborasi dan berkongsi maklumat secara maya dalam PLC.
  • Dan banyak lagi fitur-fitur yang menjurus ke arah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) berlandaskan prinsip dan teori pendidikan untuk diterjemahkan sebagai amalan terbaik dalam pembelajaran.

Anda boleh membaca atau memuat turun panduan ringkas aplikasi CIDS melalui bahan-bahan yang dimuatkan dalam manual pengguna atau membaca dan mengkaji penerangan lengkap CIDS melalui Buku Panduan CIDS.

Anda boleh log masuk sebagai “tetamu” dengan  menggunakan fitur-fitur yang terhad yang telah ditetapkan tanpa mengira negara asal. Oleh itu perancangan yang dibuat tidak akan memenuhi keperluan anda. Anda dinasihatkan tidak mengubah tetapan yang dibuat untuk mengelak erata. Anda boleh menggunakan maklumat ID berikut untuk log masuk:

Nama Pengguna: asietetamu
Kata Laluan: asietetamu

Dapatkan maklumat lanjut melalui email: CIDS@support team