Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM)

PIKeBM dilaksanakan secara sisipan wajib dalam waktu aktiviti kokurikulum melalui pembelajaran berasaskan inkuiri yang bersifat santai serta menyeronokkan.
Aktiviti ini dapat mengukuhkan kemahiran bertutur murid dengan menggunakan perkataan yang sesuai, kosa kata yang luas dan ayat yang tersusun. Murid akan menggunakan kebolehan berbahasa yang sedia ada secara bersahaja tetapi dapat memberikan impak. Pelaksanaan aktiviti ini dapat membiasakan murid menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian.

(Sumber: KPM, 2018)

Sila Tekan untuk melihat modul dan tajuk-tajuk yang disediakan oleh KPM mengikut peringkat sekolah:

PIKeBM – Sekolah Rendah

PIKeBM – Sekolah Menengah

Bahan Takilmat/Bengkel PIKeBM Rendah & Menengah  – rujukan – https://www.academia.edu/38085337/PERINCIAN_MODUL_PIKe_BM