Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE ialah alat pengajaran (instructional tool) berdasarkan kepada prinsip-prinsip reka bentuk instruksional untuk membentuk aliran perancangan aktiviti pembelajaran – Rancangan Pelajaran (RPH) secara dinamik dan berkualiti pada masa ini dan pada masa hadapan. Ia mengandungi komponen-komponen untuk merancang pembelajaran serta aspek-aspek pengintegrasian kompetensi-kompetensi yang diperlukan oleh murid dalam proses pembelajaran. Model ini termuat dalam sistem utama CIDS New-Gen.
Kerangka pembinaan model ini diadaptasi daripada Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) KPM, 2017, dan Kerangka PAK21 “Four Dimensional Education” terbitan Center for Curriculum Redesign, US, (2015.2019)
ASIE ialah akronim bagi komponen A – Analyze (Analisis) S – Strategize (menyusun strategi) I – Implement (melaksana) E – Evaluate (menilai). Kesemua komponen bertindak sebagai prosedur merangka perancangan pengajaran – mencipta RPH (instructional planning procedures) secara profesional dan sistematik.
Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE memberi otonomi kepada guru mengubahsuai (customized) atau membuat penambahbaikan atau mengubah tetapan (setting) yang disediakan mengikut keperluan kurikulum, situasi amalan perancangan sesebuah sekolah, keperluan pelajar dan kreativiti guru.
Versi terbaharu mempunyai pelbagai opsyen membolehkan guru mencipta rancangan pelajaran harian (RPH) mengikut keperluan dan kreativiti masing-masingberbantukan Ai-Smart Search yang mencadangan kompetensi-kompetensi yang diperlukan oleh murid serta cadangan untuk membentuk aktiviti pembelajaran secara lebih mudah, lengkap dan berkualiti menuju Era Digitalisasi & Ai.