SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF
PLanning * Utilizing * Sharing

BIODATA PROFESOR DR BALA

 

Dr. Balakrishnan Muniandy ialah seorang Profesor di Pusat  Teknologi Pengajaran dan Multimedia,Universiti Sains Malaysia (USM), Penang, Malaysia.Beliau memperoleh PhD dalam bidang Teknologi Pendidikan dari University of Oregon Amerika Syarikat  dalam tahun 2000. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai bidang  pendidikan selama 35 tahun.

Beliau pernah berkhidmat  di beberapa buah sekolah menengah dan Institut Pendidikan Guru.Beliau juga pernah menjawat  jawatan Penolong Pengarah (Media danProduksi) di Pusat  Sumber Pendidikan Negeri  di mana beliau terlibat dalam merancang dan mengendalikan program perkembangan profesional untuk guru dalam perkhidmatan dan menyelia Pusat Kegiatan Guru dan Pusat Sumber Sekolah.Ketika beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Oregon, beliau terlibat sebagai Graduate Teaching Fellow.

Buat masa sekarang beliau mengajar Reka Bentuk Pengajaran dan Penyampaian, dan Kaedah Penyelidikan (Instructional Design and Delivery, and Research Methods) dalam bidang Teknologi Pengajaran untuk  pelajar-pelajar pascasiswazah.  Beliau menyelia pelajar-pelajar siswazah Malaysia dan pelajar-pelajar antarabangsa di peringkat ijazah Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang Teknologi Pengajaran.Beliau berkecenderongan membuat penyelidikan dalam bidang Aplikasi Teknologi Pengajaran dan ICT untuk pendidikan guru. Beliau pernah bertugas dalam Projek sim School perkongsian bersama badan AACE, USA.

Beliau telah banyak membentangkan hasil penyelidikan di persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan dengan bidang Pendidikan Guru dan Teknologi Pendidikan  di Malaysia, Thailand, Indonesia, India, China, Taiwan, Amerika Syarikat dan Austria.Hasil kerja yang berbentuk book chapters,monograf penyelidikan dan artikel akademik telah diterbitkan dalam jurnal peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Profesor Dr.  Balakrishnan Muniandy merupakan pengasas bersama (co-founder) Projek ASIE.