SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF
PLanning * Utilizing * Sharing

Pengenalan


Memenuhi keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 
“Transformasi pendidikan… usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran….” – PPPM, 2013-2025


Memenuhi kehendak Naratif Baharu Amalan Pendidikan
Melahirkan watak insan yang bersyukur dan cinta kepada negara atas kesedaran terhadap kemajuan dan perkembangan dunia pendidikan & peluang pekerjaan dalam negara melalui sarana komuniti, PLC

Ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti
– Persekitaran pembelajaran menyeronokkan
– Kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
– Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
– Komitmen komuniti yang padu

Memenuhi pedagogi
Pembelajaran Abad Ke-21 – PAK21
Melaksana perancangan pengajaran secara profesional dan sistematik” – SKPMg2
Melayani keperluan Revolusi Industri – IR4.0, mementingkan automasi robot dan analisis data besar dalam pelaksanaan tugas, dan teknologi komputasi awan “cloud computing”

Menyokong “Kelestarian Pembangunan Matlamat 4 – Agenda Pendidikan 2030 (UNESCO)”– memastikan kualiti pendidikan yang inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.
Sistem merancang pengajaran pendidikan  yang berkualiti dan fleksibel, menerajui bidang reka bentuk pengajaran di peringkat glokal – TN50

Mekanisme perancangan guru dalam proses Perubahan Pedagogi, Pembangunan Kapasiti Guru dan Pengurusan Pendidikan bagi melaksanakan Pembelajaran Berorentasikan Perkembangan bagi menghasilkan amalan terbaik dalam era Pendidikan 4.0 memenuhi keperluan kerjaya Revolusi Industri 4.0.

Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (CIDS)

Apa itu Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (CIDS)?

Ia adalah Alat Aplikasi Mereka Bentuk Pengajaran Guru Abad Ke-21 secara atas talian.

Kenapa?

  • Menyediakan pengamal dalam pendidikan alat dan perspektif yang bernilai, untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan latihan serta memenuhi keperluan Pembelajaran Abad Ke-21 untuk semua pelajar tanpa mengira kemampuan mereka.
  • Mematuhi Matlamat Pembangunan Mampan 4-Pendidikan 2030 (UNESCO) – memastikan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.
  • Memenuhi keperluan Naratif Baharu Amalan Pendidikan bagi mencapai proses pembelajaran dan pengajaran yang dinamik, aktif dan inovatif bertaraf negara maju.

BAGAIMANA?

  • Melalui aplikasi Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE (Model ASIE) dan Program Komuniti Pembelajaran Profesional.(PLC)
  • Menjana kreativiti guru untuk merungkai kurikulum (unpack the curriculum) membentuk item perancangan pengajaran (RPH) berlandaskan ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21 dan amalan pedagogi peringkat global
  • Guru boleh mengubahsuai (customize) format RPH mengikut keperluan sekolah.
  • Boleh mengubahsuai perancangan untuk kelas, kumpulan atau Perancangan Mengikut Acuan Murid (personalized lesson)
  • Membolehkan pengintegrasian pembelajaran STEM, STEAM dan STREAM dalam RPH.
  • Membolehkan pelaksanaan pembelajaran berbentuk Modular dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP).
  • Menyediakan kemudahan laporan digital untuk aktiviti Lesson Study, penilaian SKPMg2 dan aktiviti kokurikulum.
  • Memudahkan pemantauan dan bimbingan pentadbir di pelbagai peringkat.
  • Berkomunikasi, berkolaborasi dan berkongsi maklumat secara maya dalam PLC.
  • Dan banyak lagi fitur-fitur yang menjurus ke arah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) berlandaskan prinsip dan teori pendidikan untuk diterjemahkan sebagai amalan terbaik dalam pembelajaran.

Anda boleh membaca atau memuat turun panduan ringkas aplikasi CIDS melalui bahan-bahan yang dimuatkan dalam manual pengguna atau membaca dan mengkaji penerangan lengkap CIDS melalui Buku Panduan CIDS.

Anda boleh log masuk sebagai “tetamu” dengan  menggunakan maklumat berikut:

Nama Pengguna: asietetamu
Kata Laluan: asietetamu

Dapatkan maklumat lanjut melalui email: [email protected] team