SOALAN LAZIM – FAQ

Muat turun Siri Info CIDS (info tentang isu-isu terkini & penambahbaikan yang dibuat)

Siri Info CIDS terkini:

Berikut adalah soalan-soalan lazim daripada pengguna dan huraian ringkas penyelesaiannya:-

A. Persoalan tentang ID/KATA LALUAN – PASSWORD

    1. Kenapa nama saya tidak ada dalam senarai sekolah?
      • Semak pada Profil saya
      • Semak pada pilihan Nama Daerah, Nama Institusi (Sekolah), Kod Sekolah – perlu dipilih BUKAN DITULIS
    1. Kenapa terdapat dua nama saya dalam senarai sekolah?
      • Kemungkinan menggunakan ID melebihi satu
      • Penyelaras boleh semak
      • Guna satu sahaja ID dan yang lain serah pada USTP PPD untuk dihapus dan disimpan untuk kegunaan pengguna baharu.
    2. Kenapa bilangan ahli sekolah saya dipaparkan lebih pada laman analisis atau dicatat kosong?
      • Kemungkinan terdapat ahli yang daftar menggunakan lebih daripada 1 ID
      • Penyelaras semak pada bilangan ahli yang dimasukkan pada profil institusi
      • Ahli sepatutnya yang terlibat dalam PdP sahaja (tidak termasuk kaunselor dsb).
    3. Sekiranya saya lupa kata laluan apa perlu saya buat?
        • Beritahu pada penyelaras
        • Penyelaras boleh reset semula kata laluan (rujuk manual pengguna)
        • Kata laluan perlu tidak kurang daripada 8 aksara
        • Anda perlu ubah kata laluan asal untuk mengelak daripada dicerobohi
    4. Bagaimana hendak menukar kata laluan (password) yang asal yang diberikan (default – 123456 atau 12345678) kepada password sendiri?
      • Pada menu utama laman model ASIE, Tekan Profil – Sunting Profil Saya.
      • Pada petak Kata Laluan masukkan yang baharu. Sila baca informasi di situ.
      • Kata laluan perlulah tidak kurang 8 aksara ke semuanya bagi membolehkan mengakses fitur-fitur lain dalam CIDS.
      • Untuk mengelakkan masalah teknikal guna huruf kecil ke semuanya pada kata laluan dan untuk sekuriti, kombinasikan dengan nombor (semua mesti tidak kurang daripada 8 aksara – lebih boleh).
    5. Sekiranya saya tidak boleh login, apa perlu saya buat?
      • Kemungkinan ID anda salah atau Kata laluan anda telah ditukar
      • Kemungkinan anda tidak menukar kata laluan asal dan ada pengguna yang login dan mengubah kata laluan tersebut.
      • Jika berlaku perkara ini, sila hubungi  penyelaras CIDS sekolah / USTP PPD masing-masing untuk bantuan.
    6. Jika ID saya digunakan oleh pengguna lain,  Apa perlu saya buat?
      • Penyelaras boleh hubungi USTP PPD masing-masing untuk membantu
      • Jangan ubah maklumat yang ada atau menukarkannya ke nama anda.
    7. Sekiranya saya berpindah ke sekolah lain apa perlu saya buat?
        • ID masih dikekalkan. Tukar maklumat pada Profil Saya
        • Pilih daerah/sekolah baharu & simpan
        • Semua MIW/RPH masih dapat dikekalkan dengan logo sekolah/institusi yang lama. Logo akan bertukar jika MIW/RPH disunting semula.
        • Logo sekolah akan bertukar ke sekolah baharu secara automatik apabila info profil saya disunting dan semua perancangan baharu akan mempunyai logo institusi baharu kecuali yang lama.
    8. Sekiranya saya berpindah ke Negeri lain apa perlu saya buat?
      • Kekalkan ID, tukar pada Profil Saya (negeri, daerah, sekolah) yang baharu, walaupun di sekolah tersebut tidak menggunakan CIDS
      • Jika sekolah tersebut menggunakan sistem file atau cara lama, boleh terus guna CIDS dan cetak RPH untuk dimasukkan dalam file.
      • Sila simpan dalam file PDF semua MIW secara berperingkat jika masih diperlukan.
      • Dalam masa tempoh tertentu jika CIDS tidak digunakan ia akan terhapus secara auto.
    9. Sekiranya saya berpindah ke PPD/JPN apa perlu saya buat?
      • ID yang ada sekarang kekalkan
      • Tukar maklumat pada sunting profil
      • Minta bantuan pegawai di PPD/JPN untuk mengubah peranan & peranan sekunder
      • Untuk PPD pilih: – Peranan – Pentadbir Daerah, Peranan Sekunder – Pembimbing
      • Untuk JPN pilih:-  Peranan – Pentadbir Negeri, Peranan Sekunder – Pembimbing
    10. Sekiranya terdapat perubahan/kenaikan pangkat/jawatan apa perlu saya buat?
      • ID masih dikekalkan walaupun berbeza jawatan
      • Penyelaras dapat sunting pada Profil pengguna melalui ID penyelaras – cari profil pengguna yang terlibat –  pada ruang Peranan – ubah kepada Pentadbir Institusi. Pengguna pula boleh pilih jawatan tertentu – Contoh: Guru Besar, Pengetua dll pada ruang Jawatan.
      • Penyelaras – sila rujuk manual pengguna
    11. Guru Pencen/Meninggal Dunia apa perlu dibuat?
      • Penyelaras –  pada profil pengguna tersebut tekan Tamat Perkhidmatan yang ada pada item Perkhidmatan
      • ID nya tidak perlu buat apa-apa kekal padanya.
      • Kedudukan statistik – sila baca info pada butang biru di profil pengguna (tekan sunting profil pengguna).
      • Jika pentadbir tekan Buka Rekod, namanya masih tersenarai bersama guru-guru lain.
      • Tujuan – untuk melihat RPH nya yang lalu untuk tujuan tertentu jika diperlukan.,
      • Namanya tidak termasuk dalam kiraan statistik, 
    12. Guru cuti bersalin/cuti belajar/cuti sakit berpanjangan/ke luar negara berpanjangan apa perlu saya buat?
      • Guru ganti (MySTEP dll) boleh guna ID tersebut – dengan  ubahsuaian catatan yang berkaitan ATAU
      • Guru ganti diberi ID baharu
      • Harus ada catatan pihak sekolah tentang perkara ini kerana ia akan melibat info pada MMI kedua-dua guru tersebut.
      • Terpulang pada kebijaksanaan dan budi bicara pihak sekolah untuk mengurus hal ini.
    13. Kekurangan ID. Perlu ID baharu bagaimana?
      • Urusan ID sila hubungi USTP PPD masing-masing.
    14. Jika saya sebagai penyelaras dan berpindah ke sekolah baharu apa saya perlu buat?
      • Sebelum menukar maklumat profil anda, dapatkan maklumat daripada pentadbir sekolah lama nama penyelaras baharu yang akan mengganti anda.
      • Jika anda sudah menukar info pada profil saya, operasi berikut tidak boleh dilaksanakan.
      • Pada menu Profil  – tekan Cari Profil Pengguna & dapatkan nama guru tersebut. 
      • Pada item peranan sekunder pilih penyelaras & tekan simpan
      • ID masih guru tapi peranan sebagai penyelaras
      • Untuk ID anda sekiranya anda tidak lagi jadi penyelaras di sekolah baharu, pada profil anda nyahpilih perkataan penyelaras pada item peranan sekunter & ubah pada nama institusi dan tekan Simpan.
      • ID anda penyelaras tetapi peranan anda seperti guru biasa
    15. Kenapa gambar pada profil saya jadi keseluruhannya hitam?
        • Gambar saiz (kb) besar – patut tidak melebihi 1000kb (lihat arahan)
        • Muat naik semula gambar lain – guna nama fail yang berbeza
        • Logout dan login semula untuk gambar yang baharu itu muncul
        • Hubungi guru IT untuk membantu
    16. Kenapa gambar pada paparan model jadi terbalik sedangkan pada laman profil kedudukannya betul?
        • Gambar asal diambil secara melintang.
        • Tukar/edit semula gambar
        • Simpan semula gambar dengan nama fail lain
        • Muat naik semula
        • Log in/log out untuk gambar muncul semula
        • Hubungi guru IT untuk membantu

B. Persoalan tentang Merancang RPH

    1. Bolehkah saya letakkan tarikh perancangan ketika mula mencipta rekod baharu melebihi satu minggu?
      • Digalakkan seminggu (seperti edaran infografik KPM)
      • Ikut budaya sekolah 
      • Risiko (melebihi 1 minggu) – data analisis untuk jumlah MIW dihantar akan berkurangan (data tidak tepat). Pada umumnya perancangan perlu dibuat secara mingguan
    2. Apa perlu saya buat sekiranya item-item pada profil pembelajaran pada subjek yang saya sedang rancang hanya ada Topik, Subtopik dan Objektif pembelajaran sahaja. ATAU (b) susunan itemnya tidak betul ATAU (c) apabila saya tekan cipta rekod tiada pilihan konten pada item-item profil pembelajaran.
      • Kemungkinan nama subjek salah.
      • Semak pada Senarai Subjek (Kategori Subjek)
      • Tekan Reset Tetapan pada menu di akhir laman  Profil Pembelajaran
      • Kalau tidak berjaya semak nama Subjek dan Kategori Subjek, Aras Kelas (perlu pilih aras tertentu bukan “Sekolah Rendah” atau “Sekolah Menengah”) .
      • Cipta semual rekod baharu
      • Jika subjek tersebut subjek baharu yang belum ada contentnya, anda boleh copy dan paste.
      • Akan ada nanti opsyen untuk pengguna memasukkan content subjek. 
    3. Apa perlu saya buat sekiranya kandungan dalam subjek yang saya pilih tidak lengkap/ada kesilapan/ada tambahan dsb.?
      • Lapor kepada Penyelaras
      • Sertakan maklumat terperinci (contoh: bahagian mana yang tidak lengkap)
      • Sertakan softcopy DSKP yang asal dan terkini
      • Penyelaras boleh hubungi Urusetia – 019-5713745
      • Buat sementara waktu pengguna masih boleh menambah kandungan tersebut pada item profil pembelajaran anda.
    4. Kenapa pada ruang pemilihan kandungan item terdapat gangguan iaitu tercatat…perkataan Malaysia….Manage addresses….
      • Ini disebabkan update yang berlaku pada browser yang ada pada PC/laptop/mobile itu sendiri.
      • Tekan pada Manage addresses
      • Disable kan pada ……Save and fill addresses
      • Perkataan-perkataan tadi yang menganggu akan hilang dari paparan
      • Kita sedang mencari punca dan mencari cara untuk blok fungsi ini secara auto
    5. Apa perlu saya buat sekiranya subjek yang saya mengajar tidak ada dalam sistem
      • Semak dahulu nama subjek pada senarai Kategori Subjek. Kemungkinan anda tersalah pilih Kategori Subjek atau nama Subjek.
      • Hubungi penyelaras, sertakan DSKP yang asal (bukan RPT)
      • Penyelaras hubungi urusetia – 0195713745
      • Subjek akan dikemaskini jika tiada masalah
    6. Kenapa perancangan yang saya tulis/ salin  dalam ruang langkah-langkah RPH saya hilang  setelah disimpan?
      • Pastikan perancangan yang ditulis/disalin dari mana-mana sumber (whatapps/buku teks) tidak mengandungi apa-apa ikon/emoji dsb.
      • Jika disalin – sila padam ikon/simbol tersebut sebelum simpan
      • RPH adalah dokumen rasmi – tidak perlu masuk ikon/emoji dsb.
    7. Kenapa saya tidak boleh memilih kelas dalam Jadual Waktu Instruksional (semua warna kelabu)
      • Semak pada profil pembelajaran – pada item Aras Kelas – sepatutnya Contoh: Tahun 1 atau Tingkatan 1 dsb. serta pemilihan kategori & subjek yang betul.
      • Jika salah – hapus rekod & cipta semula. ATAU
      • Pohon Penyelaras semak info Aras Kelas sewaktu cipta kelas  seperti di atas
      • Semak juga pada Jadual Waktu Pengajaran – pemilihan subjek/masa AM/PM – ia harus dipilih bukan ditulis.
    8.  Bolehkah saya salin/kongsi RPH (bersama MIW) saya dengan orang lain
      • Boleh, rujuk manual pengguna berkaitan panduan berkongsi rekod.

9a. Boleh ke saya guna rekod yang lepas untuk kegunaan minggu lain?

      • Boleh
      • Pastikan pada menu Buka Rekod -perlu tekan Salin dahulu rekod tersebut.
      • (Jangan terus buka rekod dan ubah tarikh. Ini akan menyebabkan rekod lama akan hilang sebab telah diganti tarikh baharu)
      • Setelah tekan Salin, muncul info untuk diisi tarikh. Ubah/masukkan tarikh baharu pada ruang yang disediakan untuk MIW.
      • Tekan Salin
      • Buka semula rekod yang telah disalin pada tarikh/minggu/bulan yang telah ditentukan.
      • RPH yang disalin masih bertarikh lama.
      • Tekan Sunting pada RPH yang berkaitan
      • Tekan ikon Jadual waktu
      • Tekan pada slot jadual waktu instruksional yang perlu dirancang
      • Selepas itu barulah sunting pada ruang aktiviti dan simpan semula
      • RPH anda akan bertukar ke tarikh terkini.

9b. Kenapa RPH lama yang saya sunting dan apabila disimpan pada tarikh yang sama akan hilang dalam senarai buka rekod?

      • RPH anda tidak hilang – cuma hilang dalam senarai Buka Rekod sebab mungkin nama kelasnya sudah diubah pada masa dahulu oleh penyelaras.
      • Tekan Buka rekod.
      • Tekan MIW yang berkaitan.
      • Skrol ke bawah dan anda lihat perkataan Kelas Tanpa Tetapan pada butang lokasi kelas.
      • Tekan pada butang tersebut anda akan lihat RPH anda masih ada. 
      • Tekan Sunting
      • Buat perubahan/pilih kelas pada jadual
      • Ubahsuai tarikh/masa instruksional secara manual (sebab jadual ini secara auto menjadi yang terkini berbeza dengan jadual dahulu).
      • Tekan Simpan
      • Hantar Semula Untuk Pengesahan jika butang ini timbul.
      • Nota Penting: Tarikh instruksional RPH mengikut yang lama TETAPI tarikh hantar semula ialah pada hari yang terkini.
      • Terpulang pada pentadbir/penilai untuk menerimanya sebab RPH ini sudah berlalu.
      • Kita tidak boleh mengekalkan tarikh hantaran yang lama kerana menjaga kredibiliti /integriti system CIDS.

10. Perlu ke saya pilih semua item yang ada pada setiap dimensi perancangan?

      • Bergantung pada perancangan yang dibuat.
      • Ikut nasihat daripada individu/pakar/JPN/PPD/JU subjek/SISC+/Nazir/ pihak atasan dll. yang bertanggugjawab tentang penulisan RPH.

11. Semasa cuti (cuti semester/cuti sakit/cuti kaurentin dll) perlukah saya buat perancangan (RPH).?

      • Ikut budaya sekolah/penetapan pihak atasan

12. Kalau saya perlu gabung kelas/gabung masa/gabung subjek yang berlainan/atau subjek yang sama tetapi berlainan aras dalam pengajaran saya, bolehkah dilaksanakan dalam RPH?

      • Boleh. Anda boleh  membentuk/cipta kelas gabung berdasarkan kelas utama yang tersedia ada yang telah dicipta oleh penyelaras
      • Sila rujuk cara membentuk kelas gabung pada manual pengguna
      • Sila rujuk cara melaksanakan pembelajaran menggunakan teknik  Pembelajaran Modular. Sila rujuk  manual pengguna – Pembelajaran Modular

13. Kenapa apabila tiba awal minggu pada bulan tertertentu Rekod saya (MIW atau RPH) tidak dipaparkan pada bulan tersebut tetapi berada pada bulan sebelumnya. Apa perlu saya buat.?

      • Tidak perlu buat apa-apa
      • Jika permulaan minggu pengajaran (MIW) berada di antara bulan – dalam minggu yang sama, Contoh:
        •  MIW – 30 Ogos hingga 3 September (dalam minggu yang sama – bulan yang berasingan)
        • Paparan MIW dan RPH berada pada bulan Ogos (sistem mengira tarikh awal perancangan), walaupun apabila buka rekod paparan secara lalai (default) ialah bulan September.

C. Persoalan tentang pautan bahan dalam RPH

1. Bolehkah dipaut/link ke laman yang ada sumber seperti Google Classroom, DELIMa, YouTube dsb.

      • Boleh – sila rujuk manual pengguna
      • Sila pastikan pada tetapan (setting) bahan yang dipaut itu boleh dikongsi oleh semua orang
      • Jika tidak pautan anda tidak dapat diaskes oleh pemantau 
      • Anda boleh paparkan video dari YouTube ke laman RPH. Rujuk manual pengguna 

2. Bolehkah bahan seperti imej/fail pdf/word dsb dari local drive (komputer persendirian) dimuat naik ke RPH..

      • Buat ketika ini bahan dari local drive yang ingin dipautkan ke dalam RPH perlu terlebih dahulu dimuat naik ke storan maya (Google drive/google classroom/Delima dll).
      • Dari situ barulah dipautkan ke dalam ruang RPH.
      • Pastikan pautan nanti boleh dikongsi oleh semua orang
      • Paparan imej ke ruang aktiviti RPH bergantung pada fitur – Copy Image  dari platform tersebut (contoh: Google classroom)
      • Jika tiada fitur copy image, imej tidak boleh dipaparkan tetapi boleh dipautkan
      • Imej dari Google image boleh disalin dan ditampalkan ke ruang aktiviti RPH.

D.  Bagaimana untuk mewujudkan perkiraan analisis Statistik yang tepat?

      • Ketepatan perkiraan analisis statistik bergantung pada beberapa faktor:
        • Jadual Waktu Instruksional – perlu betul dan diAktifkan.
        •  MIW/RPH yang dicipta oleh pengguna
        • Jika pengguna mengubah tarikh rekod yang dicipta untuk dijadikan rekod yang baharu tanpa menyalinnya dahulu – akan menyebabkan rekod/RPH berkurangan.
      • Kiraan RPH juga tidak akan tepat jika RPH yang disalin pada minggu hadapannya tidak disunting dan diubah tarikh tetapi dicipta lagi RPH baharu. Ini menyebabkan RPHnya berganda.

E. Persoalan Subjek Pendidikan Khas

  • Bagaimana saya memilih subjek Pendidikan khas?
    • Pilih Aras Kelas Contoh: Tingkatan 4 Pendidikan Khas. Sekolah Rendah: ikut Jenis Ketidakupayaan Contoh: Masalah pembelajaran, Ketidakupayaan Pendengaran dsb.Contoh: Tahun 1 Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pendengaran)
    • Pilih subjek – dapatkan dari senarai Kategori Subjek (tentukan kategori yang betul)
    • Sekolah Menengah – nama subjek akan menentukan Kefungsian Rendah, Sederhana dsbnya.
    • Ada subjek di mana silibus originalnya dalam Bahasa Inggeris. Kita tidak ada autoriti untuk mengubah dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun perancangan/langkah-langkah pembelajaran boleh ditulis dalam BM.
    • Penyelaras – pastikan kelas yang dicipta itu betul Aras Kelasnya. Jika tidak akan menimbulkan isu ketika guru-guru memilih subjek 
 

SOALAN-SOALAN TAMBAHAN – PELBAGAI

  1. Kenapa terjemahan bahasa pada model ASIE sentiasa bertukar pada komputer saya?
      • Kadang kala ada mesej untuk pilihan bahasa.
      • Jangan pilih terjemahan bahasa yang disediakan oleh Google atau mana-mana browser.
      • Pemilihan bahasa hanya ada pada menu utama paparan laman utama Model CIDS sahaja.
      • Kemungkinan disebabkan browser yang digunakan tidak compatible.
      • Gunakan pelayar (browser) Google Chorme – resolusi skrin 1280×800 untuk paparan terbaik. Pelayar lain: contoh: Firefox, Microsoft Edge – mungkin akan timbul ralat pada tempat-tempat tertentu.
      • Kalau anda telah memilih bahasa pada terjemahan tersebut, tekan semula terjemahan English.

  2. Bolehkah saya cetak atau simpan MIW/RPH.

      • Boleh – tekan butang Cetak/Simpan PdF pada laman MIW/RPH.
      • Terdapat 2 opsyen – cetak penuh atau cetak ringkas (one page RPH)
      • Sila ikut arahan – informasi dan klip video pada paparan di situ.
      • Pilih cetak atau simpan Pdf pada menu printer.
3. Bolehkah saya sunting nama rekod yang telah dicipta?
  • Boleh
  • Tekan Sunting Rekod pada menu di bawah pada laman Profil Pembelajaran.
  • Betulkan/tukar nama rekod.
  • Tekan Simpan.
4. Kenapa Logo Sekolah yang saya pindah masuk tidak dipaparkan pada CIDS?
  • Pastikan maklumat pada profil anda betul.
  • Log out dan kemudian Log in semula.

5. Bolehkah saya menyalin rekod (MIW/RPH) dari sekolah lama ke sekolah baharu? Bagaimana dengan nama kelas & jadual waktu?

  • Tidak perlu salin
  • Nama Kelas & jadual waktu pengajaran pada sekolah yang dipindah:-
    • Nama kelas – secara auto akan mengikut nama-nama kelas di sekolah baharu
    • Jadual waktu pengajaran – sila cipta semula jadual
    • MIW/RPH yang lepas – MIW/RPH sekoah lama masih kekal.
    • jangan sunting (edit) MIW/RPH – untuk mengelak daripada kelas-kelas pada RPH yang lama hilang.
    • jika perlu MIW/RPH yang lama, sila salin dahulu rekod-rekod yang terlibat ke minggu yang diperlukan dan kemudian barulah sunting.
    • MIW/RPH baharu akan mengikut nama kelas-kelas baharu di sekolah tersebut.
  • sila pastikan tarikh perancangan pada RPH disunting untuk tarikh terkini pengajaran bukan tarikh lama (minggu sebelum atau tahun lepas).
    • ramai yang mungkin terlepas pandang ketika menyalin.