Apa itu “Collaborative Instructional Design System (CIDS)” Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif?

  • Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (CIDS), ialah sistem untuk merancang pengajaran yang mengandungi Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE dan fitur-fitur istimewa dalam aplikasi  Professional Learning Community (Komuniti Pembelajaran Profesional), atau PLC.

Apa itu Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE?

  • Merupakan alat atau mekanisme untuk guru merancang pedagogi persekitaran pembelajaran abad ke-21 (PAK21).

Apa itu “Professional Learning Community – PLC (Komuniti Pembelajaran Profesional” ?

  • PLC ditakrifkan sebagai sebuah sekolah di mana professional (pentadbiran dan guru) terus mencari dan berkongsi pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan mereka untuk pelajar, dan bertindak atas apa yang mereka pelajari. http://documents.tips/documents/komuniti-pembelajaran-profesional-55c6122c36bdb.html
  • Walau bagaimanpun Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (Collaborative Instructional Design System– CIDS) menjemput peserta dari pelbagai komuniti termasuk golongan professional sama ada dari sektor akademik atau koporat serta pihak pengurusan untuk bekerjasama secara kolaboratif – berkongsi dan menyumbang kepakaran, nasihat, pendapat, pandangan dan cadangan untuk menambahbaik pengetahuan dan kemahiran ke arah memenuhi kehendak dan cabaran pendidikan semasa dan masa hadapan yang berkaitan dengan isu-isu kebolehpasaran kerja.

Apa itu Model ID ASIE?

  • Model ID ASIE ialah Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE
  • Ada ahli akademik yang menyamakan istilah “Model Reka Bentuk Pengajaran” (Instructional  Design Model) dengan istilah“Teaching Design”atau“Teaching Model”. Anda harus berhati-hati dengan istilah ini agar tidak menimbulkan kekeliruan.
  • Model ini lebih berbentuk generik untuk merancang pengajaran di peringkat makro atau mikro.
  • ASIE ialah singkatan bagi Analyze (analisis),Strategize (menyusun strategi), Implement (melaksana)  and Evaluate (menilai).
  • Model ASIE merupakan pendekatan dalam merancang pengajaran untuk tenaga pengajar  di sekolah atau di Pusat Pengajian Tinggi dalam persekitaran Pembelajaran Abad Ke-21.

Kenapa diperlukan Model Reka Bentuk Pengajaran baharu?

  • Dalam era Pendidikan Guru Abad Ke-21, transformasi dalam bidang reka bentuk pengajaran merupakan keperluan penting yang membolehkan guru/tenaga pengajar berhadapan dengan cabaran dunia yang  makin meningkat, sentiasa berubah, kompleks dan rapuh untuk memenuhi keperluan 4C  (pemikiran kritikal, komunikatif, kolaboratif dan kreatif serta berdaya cipta).
  • Tujuannya ialah membina“ personaliti berdaya saing peringkat global” untuk mengatasi isu kebolehpasaran kerja.
  • Model ASIE merupakan adaptasi dan nilai tambah terhadap model-model reka bentuk pengajaran yang tersedia ada.
  • Model ini memberi penekanan kepada proses pembelajaran (pemusatan –pelajar) dan tidak hanya kepada penyampaian pengajaran sahaja.
  • Model ini beralih daripada menggunakan pendekatan biasa kepada pendekatan yang boleh diubah suai mengikut perkembangan pendidikan Abad ke K-21 untuk setiap pelajar mendapat peluang belajar yang lebih baik melalui pengalaman di bilik darjah atau secara dalam talian.
  • Model ini merupakan elemen yang penting yang memberi impak kepada perancangan pengajaran guru serta proses pembelajaran pelajar.
  • Model ini juga dibina sebagai satu alternative ke arah penyelesaian terhadap cabaran dalam persekitaran pembelajaran pada Abad Ke-21 ini.
  • Lembaran KerjaIntegrasi Pelbagai -“Multiple Integration Worksheet (MIW)”  ialah mekanisme perancangan keseluruhan berdasarkan 4 komponen model ini. Digunakan untuk membimbing guru dalam proses membina dan mengintegrasi strategi perancangan pengajaran (instructional planning) yang terbaik untuk dilaksanakan.
  • Model ini juga dibina berdasarkan teori dan prinsip reka bentuk pengajaran serta trend dan isu pendidikan masa kini.

Siapakah pengguna Model ASIE

    • Guru, dan pemimpin pengajaran (instructional leader) termasuk para pemantau proses pengajaran seperti SIP, SISC+ dan pegawai-pegawai lain yang berkaitandan proses PdP.

Bagaimana untuk mengakses laman sesawang Model ASIE?

  • Login https://asiemodel.net/ms
  • Muat turun bahan bacaan tentang Model RekaBentukPengajaran Integral ASIE dan cuba memahaminya.
  • Terdapat2 cara/mod merancang pengajaran
      • Merancang Secara Konvensional–mengikuti prosedur yang terdapat dalam model ini serta templat yang disediakan.
      • Merancang Secara Dalam Talian – membolehkan anda berkongsi bahan perancangan dalam kalangan pengguna.

 

Bagaimana untuk mendapatkan ID model ASIE?

Perlukan pengguna Model ASIE mengikuti latihan?

  • Dinasihatkan perlu untuk pemahaman yang mendalam dan impak yang berkesan dalam merancang pengajaran.

Bagaimana hendak mengikuti sesi latihan?

  • Sesi latihan boleh dianjurkan oleh institusi yang tertentu

Adakah anda menganjurkan sesi latihan secara terbuka?

  • Ya, pada masa-masa yang tertentu. Sila lihat pengumuman dari masa kesemasa
  • Pengurus acara/penganjur/organisasi persendirian dialu-alukan untuk menganjurkan sesi latihan.

Bolehkah anda menganjur sesi latihan/bengkel untuk kumpulan tertentu?

  • Boleh. Hubungi kami untuk maklumat lanjut

Adakah anda sanggup menghadiri seminar/persidangan/bengkel sebagai penceramah/ucaputama/pemudahcara bengkel?

    • Ya, Hubungi kami untuk maklumat lanjut

Untuk mendapat keterangan lanjut sila hubungi:
Dr. Ismail Zain, PMP
+6019-571-3745
[email protected]