CIDS melalui program PLC adalah “hub” bagi menghubungkan pertemuan guru dengan ahli pelbagai komuniti seluruh dunia secara maya sebagai menunaikan tanggungjawab sosial tanpa melibatkan kewangan (non financial CSR programme) untuk memupuk dan membina modal insan yang berkualiti dan berhemah tinggi bagi kesejahteraan manusia di masa hadapan.
Pelajar pada masa ini aset yang berharga pada masa hadapan
- Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik.
http://edglossary.org/professional-learning-community/ . - Dalam CIDS, konsep PLC ini diperluaskan lagi kepada golongan di luar sekolah berkonsepkan program sarana komuniti termasuk golongan profesional, golongan cendekiawan di pusat pengajian tinggi, golongan industri, korporat, agensi kerajaan dan swasta serta orang perseorangan untuk berperanan sebagai Pakar Rujuk.
- Pelajar di sekolah merupakan modal insan yang perlu dibentuk secara bersama kerana pelajar inilah yang bakal menjadi penawaran aset tenaga kerja ke pihak industri kelak. Adalah diharapkan melalui program ini kedua-dua belah pihak boleh berkolaborasi melalui input yang dikongsi bersama oleh guru ketika berinteraksi dalam talian secara maya. Usaha ini mampu mempertingkatkan proses pembelajaran murid, terutamanya dalam isu kebolehpasaran kerja untuk memenuhi kehendak dan keperluan industri.
- Di samping memberi sumbangan bagi meningkatkan kualiti profesionalisme guru dan kualiti pendidikan negara, ia membantu melahirkan kemenjadian insan yang seimbang dan berprestasi tinggi serta cintakan negara.
- Maklumat tentang perkembangan yang berlaku dalam dunia pekerjaan, kejayaan-kejayaan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri boleh menimbulkan kesedaran dan seterusnya memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk memberi komitmen dengan penuh keyakinan ke arah mengejar cita-cita mereka. Ianya juga merupakan langkah persediaan bagi pelajar menghadapi Revolusi Industri Ke-4 (IR4.0) yang lebih mementingkan automasi robot dan analisis data besar dalam pelaksanaan tugas, dan teknologi komputasi awan “cloud computing” http://canselori.umt.edu.my/?p=5137
- CIDS mampu menjadi “hub” untuk menghubung antara para profesional di serata dunia dengan golongan pendidik secara kolaboratif bagi membina generasi modal insan yang berkualiti di masa hadapan. Ini merupakan satu tanggungjawab sosial tanpa melibatkan kewangan (non financial CSR programme) untuk kepentingan bersama.
Apa yang perlu dilakukan?
- Pihak industri dan pihak-pihak lain boleh mendaftarkan pegawai atau kakitangn sebagai wakil untuk menjadi pegawai sumber (resource person) dalam senarai PLC mengikut bidang dan kategori masing-masing. Mereka inilah nanti akan berkolaborasi dengan guru –guru dalam menyelesaikan apa-apa isu yang berkaitan.
- Guru-guru boleh berhubung dengan ahli-ahli dan golongan pakar yang tersenarai dalam ruangan PLC dengan menjemput mereka mengambil bahagian dalam sesi sembang video atau sidang video.
- Kami menjemput syarikat dan agensi untuk menjadi rakan program CSR PLC ini. Logo syarikat dan agensi akan dipamerkan dalam laman ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi: CIDS@support team
- Anda juga boleh berdaftar sebagai individu untuk menjadi ahli Pakar Rujuk dalam PLC mengikut bidang kepakaran dan kemahiran masing-masing.
Sumbangan anda pencetus minda ke arah kejayaan negara.