• Transformasi Model Reka Bentuk Instruksional Abad Ke-21 Yang Inovatif

  • Membina Perancangan Yang Profesional & Sistematik

  • Bergerak Ke Hadapan Dalam Dunia Pendidikan Siber

  • Merangkai titik-titik… Menzahir Kemenjadian Murid

  • Pembelajaran Berpusatkan Murid

    Alat mereka bentuk instruksional yang profesional & sistematik

    Penyelesaian ke arah merancang amalan terbaik pengajaran di bilik darjah.
    Memenuhi keperluan kerangka Pendidikan Abad Ke-21 dan prinsip-prinsip model reka bentuk instruksional.

    Item perancangan yang fleksibel – Membolehkan pengubahsuaian

    Terdapat pilihan untuk menyesuaikan tetapan item-item perancangan. Memberi autonomi kepada guru menentukan strategi perancangan aktiviti instruksional melalui bimbingan aliran prosedur perancangan.

    Kolaboratif, Komunikatif & Interaktif

    Bahan yang dicipta dapat dikongsi atas permintaan.
    Berinteraksi melalui fitur-fitur komunikasi.

    Meningkatkan keperluan Pengajaran & Pembelajaran di Rumah (PdPR)

    Strategi yang mudah & berkesan untuk mencipta perancangan & aktiviti pengajaran di rumah.

      “SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2023”

    Selamat Kembali Menjalankan Tugas

     

    PEMBERITAHUAN PENTING

    CIDS – satu inisiatif melangkah ke hadapan memenuhi keperluan  Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia – 2021-2030 (RTEDM) Teras 4 bagi mencapai aspirasi MyDIGITAL serta memenuhi Rangka Tindakan Transformasi Pendidikan Digital negara-negara  lain secara umum”

    Tahniah kepada semua pengguna CIDS yang berjaya meneruskan perancangan instruksional melalui CIDS.

    Tahniah juga kepada pengguna yang baharu menggunakan CIDS. Sila rujuk manual pengguna dan klip video yang disediakan sebagai bimbingan.

    INFORMASI TERKINI!

    • Sila teruskan merancang pengajaran Sesi Akademik 2022-2023 hingga ke akhir penggal persekolahan.
    • Kekalkan Jadual Waktu Instruksional yang diaktifkan.
    • Bagi guru-guru berkhidmatan di sekolah baharu – jika belum ada ID CIDS- sila dapatkan daripada guru penyelaras CIDS sekolah masing-masing.
    • CIDS – memberi autonomi kepada anda menentukan cara merancang RPH yang sesuai mengikut keperluan sendiri.

    INFORMASI PENTING TERDAHULU

    • Kini setiap guru boleh cipta sendiri kelas gabungan berdasarkan kelas asas yang ditelah dicipta oleh penyelaras sekolah.
    • Setiap guru boleh gabung beberapa waktu instruksional dalam satu perancangan RPH atas persetujuan pihak pentadbir sekolah masing-masing (sila rujuk panduan).

    Info tentang penambahbaikan CIDS 9.0 ke arah Perancangan Instruksional 2022/2023 sudah disiapkan. Tekan di sini untuk muat turun bahan pencerahan instruksional sesi 2022/2023 dan menonton klip video.

    SILA TEKAN MENU BANTUAN & RUJUK SENARAI SUBJEK & KATEGORI – UNTUK KETEPATAN NAMA SUBJEK

    • Silibus tahun 6 – semakan (DSKP KSSR 2022/2023)
      • Semua subjek Tahun 6 (DSKP)  termasuk subjek Pendidikan Khas mulai sesi pengajaran Mac, 2022/2023 sahaja yang akan berubah di mana dihujung subjek diletakkan perkataan (Semakan)
        • Contoh: Sains (Semakan), Bahasa Cina (Semakan), Bahasa Tamil (Semakan)
        • Tahun 1 hingga 5 sudahpun melalui proses semakan (DSKP baharu). Oleh itu tidak ada perkataan semakan pada hujung nama subjek.
    • Subjek English Format SOW
      • CIDS telah menyediakan opsyen RPH berformatkan SOW untuk semua subek English Rendah & Menengah.
      • Pilih English (SOW) pada subjek (untuk Tahun 6 tidak ada perkataan semakan)
      • Pastikan subjek ini dimasukkan dalam jadual sebelum memulakan perancangan.

    INFORMASI UMUM

    • Pengguna baharu daripada negeri lain yang berminat mengguna aplikasi CIDS di institusi pendidikan dan di institusi-institusi latihan sila hubungi talian 019-5713745.
    • Institusi-institusi di Negeri Perak yang baru hendak memulakan CIDS:-
      • PGB lantik seorang penyelaras CIDS yang mempunyai latar kemahiran ICT yang asas.
      • hubungi PPD masing-masing (pegawai USTP) untuk mendapat ID
      • minta nasihat/bimbingan daripada pegawai/JU yang dilantik
      • baca Manual Penguna dan info pada laman CIDS
    • Penyelaras CIDS peringkat sekolah:
      • sentiasa kemaskini jumlah ahli pada profil institusi
      • pastikan guru-guru menukar kata laluan kepada 8 aksara
      • pastikan guru-guru mengisi profil masing-masing  secara betul & lengkap.
    • Jumlah ID bagi setiap pengguna
      • Setiap pengguna perlu miliki satu (1) ID sahaja. Peranannya boleh ditambah jika ada kes kenaikan pangkat/jawatan.
      • Jika ada yang melebihi 1, sila kenalpasti ID yang tidak digunakan dan maklum kepada USTP daerah masing-masing untuk dihapuskan (dikosongkan).
      • Penggunaan melebihi 1 ID akan menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna dan pentadbir.
    • Pendaftaran pengguna baharu
      • Pengguna itu sendiri perlu daftar dengan menggunakan ID yang diberi (sila rujuk modul)
    • Pindah/masuk ID guru – untuk semua urusan sila rujuk maklumat pada menu utama model –
      • ID – kekal yang sedia ada dari sekolah lama walaupun bertukar jawatan (naik pangkat dsb. – lihat info di bawah berkaitan guru naik pangkat.
      • pastikan tukar info sekolah lama ke sekolah baharu pada Sunting Profil Saya.
      • kecuali jika guru tersebut belum ada ID, sila beri ID.
      • rujuk pegawai USTP, PPD masing-masing untuk urusan keperluan ID tambahan.
    • Guru pindah ke luar negeri: Negeri lain.
      • ID – kekal pada pengguna walaupun tidak digunakan – tidak perlu dihapus
      • tukar profil (negeri, daerah & sekolah) baharu.
      • bagi membolehkan guru tersebut mencipta kelas di sekolah baharu, sila PM – 019-5713745. Nyatakan ID (username & password ID)
      • jika sekolah tersebut guna file, CIDS masih boleh digunakan – cetak pdf dan masuk dalam file
    • Guru bersara/meninggal dunia/ guru cuti panjang
      • ID – kekal – tidak perlu dihapuskan atau dikitar semula.
      • pastikan tukar status perkhidmatan pada profil mereka.
      • Guru itu sendiri boleh mengubah status perkhidmatannya atau..
      • Penyelaras boleh bantu mengubah status perkhidmatan guru tersebut.
    • Guru ganti (bagi cuti yang penjang)
      • guru ganti guna ID guru yang diganti atau guna ID baharu (ikut situasi & keperluan)
      • ikut budi bicara pentadbir
    • Guru naik pangkat ke Guru Besar/Pengetua
      • ID masih kekal yang lama.
      • penyelaras klik  pada Peranan dan ubah kepada Pentadbir Institusi.
      • jika guru kanan yang berfungi untuk membimbing PdP guru – tambah Pembimbing pada ruang Peranan Sekunder.
      • guru tersebut boleh memilih sendiri jawatan yang disandang pada ruang  Jawatan, Contoh: Guru Besar, Pengetua dsbnya.
    • Nama Kelas & Jadual Waktu Instruksional pada sekolah yang dipindah
      • Nama kelas – secara auto akan mengikut nama-nama kelas di sekolah baharu
      • Jadual Waktu Instruksional – sila cipta semula jadual (sila lihat Manual Pengguna)
      • MIW/RPH yang lepas – MIW/RPH sekolah lama masih kekal.
      • jangan sunting (edit) MIW/RPH – untuk mengelak daripada kelas-kelas pada RPH yang lama hilang.
      • jika perlu MIW/RPH yang lama, sila salin dahulu rekod-rekod yang terlibat ke minggu yang diperlukan dan kemudian barulah sunting.
      • MIW/RPH baharu akan mengikut nama kelas-kelas baharu di sekolah tersebut.
    • Kata Laluan – Password
      • pengguna yang belum tukar kata laluan asal, sila lakukan segera untuk mengelak sebarang masalah teknikal dan risiko.
      • tukar ke jumlah tidak kurang pada 8 aksara.
    • Lupa Kata Laluan
      • penyelaras peringkat sekolah boleh reset semula untuk anggota ahlinya.
      • sila lihat modul penyelaras.
    • Logo sekolah baharu.
      • jika anda bertukar sekolah, pastikan anda sunting maklumat sekolah pada ruang Profil Saya.
      • setelah tekan Simpan, anda perlu Log Out dan Log ini semula untuk mengaktifkan logo sekolah baharu pada paparan utama CIDS.
     
      

    Charles Fadel

    Global Education Thought Leader, Author, Futurist, Inventor, Founder & Chairman, Center for Curriculum Redesign, USA Project Director at Harvard Graduate School of Education, USA

    “The 4 Dimensional Education (4DEdu) framework has been selected as the 21st Century Learning Framework in the Collaborative Instructional Design System (CIDS).

    The 4DEdu CIDS guides user in the instructional planning: redesigning, reconstructing, and reengineering academic directions, visualizing the current Education landscape towards preparing learners’ future career path that is relevant to the Fourth Industrial Revolution.”

    (Pernyataan oleh Charles Fadel Satu pengiktirafan badan profesional antarabangsa terhadap CIDS. Tekan di sini untuk menonton klip video perbualan Charles Fadel berkaitan CIDS). Tekan di sini untuk menonton penghargaan Charles kepada CIDS.

    The Collaborative Instructional Design System (CIDS)

    APA ITU CIDS?

    Pandemik yang melanda dunia memberi satu impak kepada dunia pendidikan tentang keperluan pendidikan berasaskan digital.

    Sistem Reka Bentuk Instruksional Kolaboratif merupakan Alat Mereka Bentuk Instruksional Interaktif (Interactive Instructional Design Tool) bagi guru-guru merancang aktiviti & pelaporan instruksional melalui pelantar digital dengan lebih berkesan secara profesional & sistematik mengikut keperluan pendidikan masa kini dan memenuhi aspirasi perancangan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia – 2021-2030 (RTEDM) Teras 4 (Bagi Negara Malaysia) dan memenuhi aspirasi Rangka Tindakan negara-negara lain secara umum. 

    • Terangkum di dalamnya fitur-fitur kemudahan untuk perancangan kokurikulum, Professional Learning Communities (PLC) – Lesson Study, penilaian SKPMg2 dan e-Pembelajaran untuk murid.
    • Memenuhi Teras 4 RTEDM – Membangunkan bakat digital yang tangkas dan kompeten melalui inisiatif yang diperkenalkan bersama program “My Digital Teacher” untuk menggalakkan guru menguasai sepenuhnya penggunaan peralatan dan teknologi digital iaitu:
      •  Mencipta penyelesaian inovatif berasaskan teknologi secara bersama dengan teknologi untuk meningkatkan pengurusan kerja guru yang berkaitan dengan penyediaan perancangan pengajaran, alat bantu mengajar dan pelaporan.
    • Fitur-fitur yang disediakan boleh diubahsuai (customize) mengikut budaya kerja dan keperluan pengguna di institusi negara masing-masing.
    • Anda boleh merujuk panduan aplikasi CIDS melalui bahan-bahan yang dimuatkan dalam menu Bantuan atau dari menu Soalan-soalan lazim. 
    • Anda boleh log masuk sebagai “tetamu” dengan menggunakan fitur-fitur yang terhad yang telah ditetapkan tanpa mengira negara asal. Oleh itu perancangan yang dibuat tidak akan memenuhi keperluan anda.
    • Anda dinasihatkan tidak mengubah tetapan yang dibuat untuk mengelak erata. Anda boleh menggunakan maklumat ID berikut untuk log masuk:

    Nama Pengguna: asietetamu
    Kata Laluan: asietetamu

    Dapatkan maklumat lanjut melalui email: CIDS@support team

    Sila klik/tekan di sini untuk muat turun fail Pdf bahan untuk bacaan semua Pengenalan Umum CIDS Versi 9.0

    Sila klik/tekan di sini untuk muat turun fail Pdf bahan untuk pentadbir Panduan Pengesahan Rekod CIDS Versi 9.0

    Sila klik/tekan di sini untuk membaca dan mengkaji secara ilmiah aplikasi CIDS melalui Buku Panduan CIDS.

    Professional Learning Community

    Membolehkan guru meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam amalan The Professional Learning Community (PLC) – Lesson Study. Profesional dari pelbagai komuniti juga mampu menyumbangkan idea dan terlibat dalam perkongsian maklumat dengan pelajar secara maya.

    Komunikasi Maya

    Membolehkan guru, pelajar, ibu bapa, dan masyarakat terlibat secara kolaboratif dalam membimbing dan berkongsi maklumat melalui saluran CIDS VideoCorps.

    SKPMg2

    Membolehkan pentadbir & guru mengisi keperluan penilaian SKPMg2 dengan mudah, pantas &lengkap. 

    Mereka Bentuk Instruksional Secara Profesional

    Membimbing guru dalam menghasilkan perancangan instruksional berkualiti tinggi mengikut kerangka Pendidikan Empat- Dimensi Abad Ke-21.

    Membina & Berkongsi Bahan

    Guru boleh membina & berkongsi perancangan & sumber instruksional ke arah melahirkan pelajar  yang kompetitif, kritis, & kreatif ke arah dunia Revolusi Industri 4.0 yang mencabar.

    Pengajaran & Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

    Membolehkan guru menyesuaikan perancangan Pengajaran & Pembelajaran di Rumah (PdPR) melalui  panduan pendekatan pedagogi, prosedur pengajaran & penyampaian pengajaran yang berbeza. Membolehkan pelajar terlibat dalam aktiviti tersebut.

    Login ke Model ASIE

    Sila gunakan perisian pelayar Google Chrome yang terkini dengan resolusi skrin 1280 x 800 ke atas untuk paparan terbaik.