LESSON STUDY – MANUAL PENGGUNA

 

DOWNLOAD DI SINI UNTUK INFO KONSEP PLC

DOWNLOAD DI SINI UNTUK INFO MODUL PLC

A. PENGENALAN

  • Lesson Study, sebahagian daripada program PLC (Professional Learning Community) adalah satu bentuk penyelidikan kelas di mana beberapa guru bekerjasama merancang, mengajar, mengamati, dan berkongsi maklumat hasil daripada sesi pemerhatian dan sesi refkesi untuk tujuan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran.
  • Pihak KPM telah menyediakan modul dan borang Tool Kit 3 & 4 (sila rujuk Modul PLC) bagi memudahkan guru-guru melaksanakan aktiviti Lesson Study.
  • CIDS telah mengadaptasi borang-borang tersebut dalam bentuk digital bagi melaksanakan Lesson Study melalui dalam talian dengan secara lebih mudah.
  • Format pengisian adalah didasarkan kepada penggubalan asal daripada KPM tanpa apa-apa perubahan.
  • Disebabkan tiada rubrik disediakan, justeru CIDS menyediakan opsyen cadangan rubrik yang boleh diubahsuai untuk membantu proses Lesson Study.
  • CIDS hanya memberi panduan untuk mengakses borang Pemerhatian & borang Refleksi sahaja tanpa menerangkan secara mendalam prosedur & strategi pelaksanaan penilaiannya.
  • Sebarang isu yang timbul perlulah dirujuk pada buku panduan Lesson Study KPM atau jurulatihnya.

B.  MENCIPTA RPH UNTUK LESSON STUDY

Perhatian: Untuk tujuan lesson study, guru secara kolaboratif dalam kumpulan mencipta RPH yang lengkap. RPH boleh dicipta melalui  ID salah seorang ahli kumpulan lesson study yang terlibat. Semua nama ahli yang terlibat akan dimasukkan dalam borang Pemerhatian & borang Refleksi kemudian nanti.

  1. Untuk Guru: Cipta RPH untuk lesson study
    1. Guru-guru secara kolaboratif mencipta RPH
    2. Guna hanya ID seorang guru sahaja digunakan untuk mencipta RPH
    3. Pada akhir RPH tersebut tanda √ pada kotak Sedia Dibimbing & Dinilai

  2. Untuk Ahli Penilai: Mencari Lesson Study pada Borang Pemerhatian

Perhatian: Borang Pemerhatian (Toolkit 3) diakses oleh semua ahli penilai manakala Borang Refleksi (Toolkit 4) hanya diisi oleh pelapor sahaja mewakili ahli-ahli penilai lain dalam sesi refleksi (perbincangan) berdasarkan Borang Pemerhatian masing-masing.

  3. Mengakses Borang Pemerhatian

Cara 1: Dari Menu Penilaian

      • Tekan Penilaian pada menu utama
      • Tekan Lesson Study pada submenu
      • Tekan Cari & Cipta Lesson Study
      • Warna merah menunjukkan RPH ini belum melalui proses Lesson Study
      • Warna hijau  menunjukkan RPH ini sudah melalui proses Lesson Study

      • Tekan Lesson Study

4. Paparan laman PLC – Lesson Study

    • Tekan pada kotak senarai RPH jika RPH yang hendak diselia melebihi satu (warna kuning menunjukkan RPH yang sedia diselia/bimbing untuk lesson study)
    • Tekan Papar untuk memaparkan RPH jika perlu disemak
    • Tekan Buka Rekod Lain jika ingin mencari rekod guru yang lain
    • Tekan BORANG PEMERHATIAN bagi mereka yang terlibat dalam proses bimbingan/seliaan
    • Tekan BORANG REFLEKSI bagi guru yang akan merumus informasi bimbingan/seliaan yang dilaksanakan oleh penilai lain yang menggunakan Borang Pemerhatian

(a) Borang Pemerhatian

            • Tekan BORANG PEMERHATIAN
            • Informasi guru yang dicerap,  dipaparkan secara automatik (foto guru-guru yang terlibat akan mucul setelah dokumen ini disimpan).
            • Isi maklumat
            • Tekan untuk memilih guru ke-2 atau ke-3 yang terlibat dalam pencerapan (jika lebih dari 1 guru)
            • Tekan untuk pemilihan maklumat yang dicadangkan untuk hasil pemerhatian RPH & PdPc Guru. (CIDS menyediakan beberapa pemilihan cadangan pemerhatian untuk memudahkan pihak pemerhati membuat penilaian)
            • Isikan huraian jika ada huraian tambahan
            • Teruskan dengan item yang lain hingga ke item yang akhir
            • Boleh masukkan bahan Eviden jika perlu
            • Buat pengesahan
            • Tekan Simpan

(b) Borang Refleksi

          • Tekan BORANG REFLEKSI
          • Tekan dan pilih pernyataan yang sesuai untuk dijadikan rumusan pada setiap Item/konstruk hasil daripada perbincangan bersama pemerhati-pemerhati.
          • Baca arahan dan mulai penilaian/bimbingan
          • Buat pengesahan pada ruangan pengesahana mewakili pemerhati-pemerhati yang lain.
          • Tekan Simpan atau Cetak atau Simpan PDF mengikut kesesuaian.

Cara 2: Akses pada rekod yang berkaitan 

    • Buka rekod & pilih RPH (ikut tatacara buka rekod)
    • Tekan Lesson Study pada menu akhir RPH

Laman Utama Lesson Study (Toolkit 3 – diakses oleh semua ahli penilai)

  • Paparan Utama Lesson Study muncul
  • Tekan pada menu yang berkaitan

   4. Senarai Lesson Study

    • Tekan submenu Senarai Lesson Study untuk melihat semua lesson study.
    • Guru boleh akses Borang Refleksi oleh kerana ianya bukan bersifat peribadi tetapi untuk tujuan berkongsi ilmu dan kemahiran dan memperkembangkan profesionalisme guru dalam bidang pengajaran subjek tertentu.