KOKURIKULUM – MANUAL PENGGUNA

 

Tekan di sini untuk muat turun fail Pdf Manual Pengguna

Tekan di sini untuk muat turun fail Pdf Panduan Elemen KBAT dalam Kokurikulum KPM

Tekan di sini untuk muat turun fail-fail Pdf untuk bimbingan

PERHATIAN

  • Keseluruhan Item perancangan/aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan difokuskan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) – mengikut keperluan pendidikan semasa walaupun tidak dinyatakan pada item-item tersebut.
  • Merangkumi 4 Dimensi/Elemen PAK21 – Pengetahuan, Kemahiran (Kompetensi)  Watak & Pertumbuhan Minda (Pembelajaran-Meta) ke arah pembentukan kemenjadian murid – menghasilkan murid yang bersifat holistik.

PERSEDIAAN PELAPORAN KOKURIKULUM 

  • CIDS menyediakan borang Pelaksanaan & Pelaporan digital Kokurikulum secara integratif & kolaboratif.
  • Item-item dan pengisiannya adalah didasarkan kepada  pengintegrasian elemen KBAT serta elemen-elemen terkini yang menyeluruh mengikut perkembangan pendidikan semasa.
  • Guru penasihat yang terlibat dalam Kokurikulum boleh secara bergilir untuk mengurus pelaporan ini.
  • Semua guru penasihat yang lain (termasuk ketua penasihat) yang ditanda pada ruang senarai penasihat oleh pelapor bertugas akan dapat buka rekod pelaporan tersebut.
  • Sila tekan sunting dan kemudian tekan simpan untuk menyenaraikan nama anda dalam ruang  akhir pengesahan pelaporan atau ingin menyunting laporan tersebut jika perlu.
  • Pelajar juga boleh menggunakan borang ini untuk melapor aktiviti kokurikulum di bawah seliaan guru penasihat.
  • Guru penasihat boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam  menentukan pelaksanaan penulisan pelaporannya.

INFORMASI PENGISIAN PELAKSANAAN & PELAPORAN

  • Sila rujuk pada ikon informasi yang terdapat pada item-item tertentu untuk mengetahui tatacara pengisian item-item tersebut.
  • Terdapat item-item yang boleh memilih isi kandungannya.
  • Terdapat juga item-item yang memerlukan pelapor mencatat sendiri dalam ruang disediakan.
  • Atau pelapor boleh juga mencatat isi kandungannya sebagai tambahan kepada isi kandungan yang sudah diberi pilihan.
  • Jika item-item yang disenaraikan tidak sesuai/tidak relevan/tidak berkaitan dengan aktiviti – abaikan/tinggalkan kosong. Item yang tidak diisi tidak akan dipamerkan pada paparan apabila ianya disimpan.

PENGISIAN PELAKSANAAN & PELAPORAN

BAHAGIAN A: PROFIL  PROGRAM

  1. PROGRAM
  • Item – Jenis Program, Nama Program, Perjumpaan Kali ke berapa, Hari, Masa, Tempat dan Minggu.
  • Pelapor perlu memilih kadungannya atau menulis dalam petak yang disediakan atau kombinasi antara kedua-duanya jika perlu.

2. KEANGGOTAAN

  • Item – Guru pensihat, Ketua Penasihat, Pengerusi/Penyelaras, Jawatan, Jumlah Ahli, Jumlah Kehadiran
  • Pelapor perlu memilih kadungannya atau menulis dalam petak yang disediakan atau kombinasi antara kedua-duanya jika perlu.
  • Senarai guru penasihat yang dipilih & Ketua Penasihat akan muncul gambar mereka setelah pelaporan ini diSimpan.

3. PROFIL  AKTIVITI

  • Item  – Tajuk (Aktiviti/Program) perlu diisi, Tema, Objektif (perjumpaan hari itu), Pernyataan Masalah (isu/perkara yang hendak dibincang/diselesaikan – Contoh: Jika membincangkan tentang aktiviti lawatan – mungkin permasalahnya tentang punca kewangan dsb., Cadangan/Alternatif Penyelesaian Masalah – cadangan/pilihan lain yang boleh dibincang. Jangkaan Tahap Pencapaian (sila pilih), Kaedah/Teknik/Pendekatan (sila pilih), Media Sumber & Peralatan.

4. ITEM PENERAPAN

  •  Item penerapan bermaksud item-item yang akan diintegrasikan dalam aktiviti yang dilaksanakan sama ada berbentuk bengkel, mesyuarat, perbincangan, aktiviti luar bilik darjah atau sebagainya untuk membentuk Kemenjadian Murid (dari aspek keseimbangan Pengetahuan, Kompetensi (Kemahiran), Watak dan Pembelajaran Meta (perkembangan minda/ kognisi).
  • Item-itemnya: Integrasi Pelbagai Disiplin ilmu, Penerapan Pelbagai Kemahiran, Membina Watak, Membangun Sahsiah & Pemupukan Nilai & Pengajaran.

BAHAGIAN B: PERANCANGAN & PELAKSANAAN

  1. PROSEDUR PELAKSANAAN AKTIVITI
  • Item-itemnya – Aktiviti/Tugas (Mencatat secara ringkas aktiviti yang dilaksanakan pada perjumpaan hari itu/ Tugas yang diberi/dilaksanakan atau hal-hal lain yang berkaitan).
  • Pelibatan Pelajar (catatan ringkas penyertaan pelajar), Pengintegrasian (catatan ringkas pelaksanaan item/elemen-elemen pengintegrasian dalam aktiviti), Rujukan Siber/Catatan (rujukan bahan/sumber dalam internet yang digunakan jika berkaitan).

2. CATATAN UMUM

  • Merupakan tindakan yang perlu diambil, Bahan yang digunakan, Eviden yang sesuai, Refleksi yang perlu dihuraikan dan sebagainya yang berkaitan.
  • Sisipan boleh dibuat dalam bentuk teks atau media lain (klip video/gambar/pautan)

BAHAGIAN C: PELAPORAN

  1.     PENGESAHAN
  • Pengesahan pelaporan (guru penasihat dan pihak pentadbir) – Disahkan oleh guru penasihat yang bertugas,  guru penasihat yang lain dan pihak pentadbir.
  • Tekan dan pilih jawatan dalam persatuan tersebut selain daripada jawatan dalam institusi
  • Tekan untuk memilih Catatan (jika perlu)
  • Catat ulasan ringkas – jika perlu
  • Tekan dan pilih tarikh
  • Tekan Mengesah
  • Cop pengesahan (secara lalai -cop default akan dipaparkan) kecuali cop sekolah sudah dimasukkan oleh penyelaras di bahagian Tetapan institusi (akan dipaparkan cop tersebut).
  • Pelaporan boleh disimpan atau dicetak dalam fail Pdf.
  • Ia akan disenaraikan untuk rujukan warga sekolah dan pihak pentadbiran di semua peringkat.