Dr. Ismail Md. Zain merupakan mantan Pensyarah Cemerlang Gred Khas B di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak, Malaysia. Kini menjalankan tugas sebagai konsultan pada TUTOR, Pendidikan Utusan, Utusan Malaysia. Beliau mendapat PhD dalam bidang reka bentuk pengajaran (instructional design) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1994.

Bermula sebagai seorang guru sekolah pada tahun 1979 dan seterusnya sebagai pensyarah.Terlibat secara aktif sebagai penceramah, motivator, fasilitator dalam pelbagai kursus dan bengkel untuk pelajar, guru, pegawai kerajaan dan korporat.

Pengarang bagi beberapa buah buku yang diterbitkan, kolumnis di akhbar tempatan, tetamu di TV dan radio tempatan, fasilitator bagi Program Pembestarian Sekolah Malaysia di bawah pengelolaan MDeC (Malaysia Development Corporation) &  Iskandar Malaysia.

Beliau membentangkan kertas kerja di persidangan peringkat kebangsaan serta antarabangsa dan memenangi anugerah persembahan terbaik dalam persidangan di London dan di Beijing (2015).  Kini sedang memberi tumpuan terhadap Projek ASIE – Model Reka Bentuk Integral ASIE, satu pendekatan bersepadu dalam merancang pengajaran untuk persekitaran pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21. Model ini telah dibukukan oleh Penerbit Scholar’s Press berpusat di Negeri Jerman.

Beliau dinobatkan dalam senarai “Wall of Fame” 2017, di Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Dr. Ismail Md. Zain, PMP ialah pengasas Projek ASIE bersama dengan Profesor Dr Balakrishnan M. dari Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.