KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN KAEDAH YANG BERKESAN DALAM PENDEKATAN PENGAJARAN PdPR: SATU CADANGAN

 

“Gurulah yang lebih mengetahui & menentukan corak keperluan pengajaran murid-muridnya”

Petikan daripada kata-kata Menteri Pendidikan Malaysia – siaran langsung di Media Massa tentang situasi pembelajaran PdPR sewaktu pandemik, Jun, 2021.

 

“Effective online instruction depends on learning experiences that are appropriately designed and facilitated by knowledgeable educators”.

“Keberkesanan pembelajaran dalam talian bergantung kepada pengalaman dalam pembelajaran yang dirancang dan dibimbing dengan sempurna oleh warga pendidik yang berpengetahuan”

Instructional Strategies for Online Courses

Dalam proses penyampaian PdPR, aspek keberkesanan & impak kepada murid & ibu bapa harus diberi perhatian. Justeru,  guru-guru harus mempunyai kemahiran untuk merancang dan mengurus PdPR secara bijak dan kreatif. Berikut diberi cadangan lima (5) kemahiran asas yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut. Cadangan kemahiran yang akan dihuraikan ialah seperti berikut: 

KEMAHIRAN 1: PROSES PEMETAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DALAM SITUASI PANDEMIK

KEMAHIRAN 2: APLIKASI MEDIA DALAM PROSES PdPR

KEMAHIRAN 3: TEKNIK PENGHASILAN MEDIA

KEMAHIRAN 4:PENGURUSAN AKTIVITI  RPH & PELAKSANAAN PENGAJARAN

KEMAHIRAN 5: PENYAMPAIAN GURU

(Guru-guru boleh mengaplikasikan apa sahaja kemahiran yang pernah dipelajari, sedang dipelajari atau yang sedang digunakan asalkan matlamatnya pembelajaran-pengajaran tercapai)

 

KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN KAEDAH PEMETAAN DALAM PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARA  UNTUK KEBERKESANAN PELAKSANAAN  PdPR  (Mapping Of Teaching & Learning Process)’

PEMETAAN DALAM PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Definition

  • Teaching & Learning Maps is a graphic organizer that highlights the knowledge, skills, and big ideas that students should get from a lesson, unit, or course.
  • The map depicts the most important information to be learned /delivered by teachers and how the different pieces of learning are connected.

https://us.corwin.com/sites/default/files/upm-binaries/52517_Knight_04.pdf

 

Definisi

  • Pemetaan Pengajaran & Pembelajaran adalah penyusunan pengurusan grafik yang memaparkan secara berfokus pengetahuan, kemahiran, dan idea utama yang harus diterima oleh murid terhadap sesuatu, topik, unit, atau kursus.
  • Ia menggambarkan maklumat yang paling penting untuk dipelajari / disampaikan oleh guru dan bagaimana pelbagai aspek pembelajaran dapat diintegrasikan atau dihubungkaitkan.

Rumusan/Rasional

Penggunaan pemetaan pengajaran & pembelajaran bertujuan supaya PdPR berlaku secara lebih berfokus serta mampu mengintegrasi dengan pelbagai aspek bidang pendidikan (tanpa meninggalkan aspek-aspek perkembangan/kemenjadian murid) menjimatkan masa, berkesan dan mengelakkan daripada kebosanan murid yang mengikutinya serta mengurangkan rungutan daripada ibu bapa.

Matlamat

Memperkenalkan teknik pemetaan dalam proses PdPR untuk mewujudkan keberkesanan dalam perancangan dan penyampaian pembelajaran.

PENGENALAN

Terdapat banyak terminologi dan metodologi pedagogi yang diperkatakan untuk pembelajaran dalam talian sama ada memfokuskan pada pembelajaran rakan sebaya (peeragogy) – perkongsian ilmu secara kolaboratif dalam kalangan pelajar, pembelajaran kendiri (heutagogi) – pembelajaran akses kendiri, sementara penerokaan ruang siber dengan komunikasi yang mempunyai fitur-fitur yang canggih yang memudahkan pembelajaran (cybergogy) dipraktikkan. Namun, tiada bukti yang kukuh “gogy” mana yang lebih efektif daripada yang lain untuk amalan terbaik. Steele, Holbeck & Mandernach (2019), dari Grand Canyon University, Amerika Syarikat berpendapat bahawa apa yang diciptakan sebagai “amalan terbaik” dalam kajian literatur pedagogi adalah berbeza dan banyak bergantung kepada strategi, fungsi, kandungan disiplin, aras pembelajaran, dan gaya pembelajaran. Oleh itu, ada kemungkinan bahawa tidak ada “amalan terbaik” buat sesuatu metodologi yang digunakan. Oleh itu, menganalisis semua aspek dalam semua “gogy” dan mengintegrasi aspek mana yang relevan untuk pelajar, adalah pilihan yang bijak untuk mewujudkan “amalan terbaik” untuk situasi pembelajaran tertentu.

KEPERLUAN ASAS PdPR

  • Mempunyai pengetahuan & kemahiran elemen-elemen penting PAK21 dan pengetahuan & kemahiran TS25 (bagi sekolah TS25).
  • Mempunyai pengetahuan & kemahiran ICT yang sepatutnya untuk melaksanakan PdPR secara dalam talian.

PELAKSANAAN PdPR

  • Walaupun proses pengajaran & pembelajaran dalam PdPR mempunyai kelainannya berbanding dengan kelas biasa tetapi ia seharusnya diintegrasikan/dilengkapkan dengan keperluan pedagogi tertentu.
  • Pelbagai teknik/kaedah/pendekatan penyampaian pembelajaran (terutama elemen-elemen dalam PAK21) harus diintegrasikan dengan bijaksana dan kreatif dalam PdPR baik dalam bentuk perancangan mahupun dalam sesi pelaksanaan pembelajaran.
  • Perkara ini penting agar konsep pendidikan ke arah menzahirkan “Kemenjadian Murid” (murid yang holistic) masih dapat dikekalkan dan dicapai dan bukannya sekadar mendapat pengetahun subjek yang dipelajari sahaja (menghabiskan silibus) dalam situasi pandemik ini.
  • CIDS telah menyediakan elemen-elemen/teknik/kaedah/pendekatan PAK21 yang memudahkan pengguna memilih serta memberi idea/panduan ke arah pembentuk aktiviti PdPR mengikut keperluan masing-masing.

Kemahiran-kemahiran yang dihuraikan di bawah boleh diubahsuai untuk dilaksanakan secara dalam talian, luar talian atau off-site.

KEMAHIRAN 1: PROSES PEMETAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DALAM SITUASI PANDEMIK

Prosedurnya adalah seperti berikut;

A. Pemetaan terhadap topik/unit sesuatu subjek meliputi aspek-aspek berikut:-

  1. Apa topik yang perlu dipilih?
      • Rujuk DSKP
      • Rujuk Penjajaran Kurikulum (jika disediakan)
      • Rujuk buku teks atau bahan isi kandungan yang sesuai
      • Kenal pasti keutamaan pembelajaran (seperti yang dicadangkan dalam penjajaran atau dari info lain) Contoh: big idea / isi-isi penting/isi-isi utama /konsep/teori/prinsip sesuatu subjek yang diajar yang perlu difahami oleh murid terlebih dahulu (yang perlu disampaikan oleh guru – buka penerokaan murid)
      • Bersedia dengan bahan – digital atau bukan digital (modul/nota/latihan dsb.)
      • Membuat perancangan yang rapi dengan mengambil kira kaedah/pendekatan yang hendak dilaksanakan dan kesesuaiannya dengan kemudahan teknikal (kemudahan peranti/capaian internet dan ciri-ciri murid dan keluarga murid), yang akan memberi kesan terhadap proses pembelajaran nanti.

(Pemetaan boleh dibuat dalam apa bentuk sahaja. Contoh: Peta minda/peta konsep atau lakaran grafik asalkan dapat memberi gambaran jelas pecahan-pecahan topik pembelajaran tersebut)

  1. 2. Penentuan peranan bagi menjayakan PdPR
        • Guru – Memilih bahagian/pecahan yang perlu disampaikan oleh guru mengikut pemetaan yang dilaksanakan:
          • Big idea/isi-isi penting /konsep/teori/prinsip subjek yang diajar melalui pelbagai teknik dari aspek pedagogi hasil daripada pemetaan.
          • Kenal pasti elemen-elemen PAK21 yang harus diintegrasi dan disesuaikan dalam PdPR untuk menzahirkan “Kemenjadian Murid”.
          • Merancang mengikut pendekatan yang dipilih.
          • Menyediakan bahan digital/bukan digital.
          • Menentukan kaedah penyampaian.
        • Murid(mengikut kesesuaian peringkat/aras dan kumpulan murid).  Bahagian yang perlu diakses oleh murid:
          • Huraian lanjut (contoh-contoh/bacaan tambahan) tentang sesuatu topik yang disampaikan oleh guru.
          • Latihan ringkas (mengikut kesesuaian kumpulan murid – hanya bertujuan menguji aras kemahaman – latihan bercorak formatif)
          • Rujukan tambahan/tugasan susulan (mengikut kesesuaian kumpulan murid)
        • Ibu bapa/komuniti: Bantuan sokongan (support service) bergantung kepada kemampuan & kemudahan:
          • Memastikan/memberi peringatan tentang jadual pembelajaran yang disediakan oleh guru dipatuhi dan sesi pembelajaran di ikuti oleh anak-anak.
          • Tiada gangguan di persekitaran (semampu yang boleh).
          • Pemantauan secara keseluruhan
          •  Memastikan segala tugasan yang diberi kepada anak-anak disempurnakan.
          • Merungkai kekeliruan
            • Mengenalpasti kekeliruan yang dihadapi oleh anak dengan cara berbual dengan mereka.
          • Bimbingan bercorak motivasi
            • Memberi semangat/sokongan/kemudahan yang termampu.
            • Melapor pada guru kekeliruan yang dihadapi oleh anak-anak.

     

    Penjelasan: Oleh kerana interkasi dengan murid agak terbatas (tidak bersemuka secara fizikal – yang memungkinkan penumpuan murid tidak sepenuhnya), guru haruslah:

      DO(s)

  • memilih isi-isi yang penting dahulu untuk disampaikan untuk pemahaman murid. (Jika peringkat awal murid tidak faham, ini akan menyebabkan murid kurang bermotivasi untuk terus mengikuti pengajaran guru).
  • modul/nota/latihan (pakej pembelajaran) harus mempunyai spesifikasinya (arahan-arahan penggunaan untuk murid dan ibu bapa) untuk memudahkan penggunaannya nanti.
  • objektif/tujuan/ pengajaran perlu diperjelaskan secara tepat dan mudah untuk tujuan penetapan minda murid (mind setting) terhadap apa yang sebenarnya pengajaran yang akan disampaikan oleh guru dan apa pula yang harus dilakukan dan dicapai oleh murid.
  • tatacara pengajaran juga harus diperjelaskan supaya murid tidak hilang tumpuan atau tidak tahu apa yang sebenarnya pengajaran guru pada hari itu.
  • menerangkan secara mudah konsep/prinsip/teori yang ada pada topik tersebut seperti menggunakan analogi untuk membuat perbandingan.
  • perlu tahu ciri-ciri murid – profil psikologi murid – informasi ujian psikometrik yang dilaksanakan dahulu amat berguna jika guru masih menyimpannya kerana guru perlu mengenali gaya belajar murid dan tahap-tahap kecerdasannya (kecerdasan pelbagai – multiple intelligences).
  • adalah amat ideal jika sekiranya guru dapat menyesuaikan teknik pengajarannya (termasuk media yang digunakan) dengan kecerdasan pelbagai yang ada pada murid untuk membentuk pembelajaran terbeza (differentiated learning). Iaitu mempelbagai pendekatan ketika mengajar.
  • anggapan semua murid boleh menerima cara umum yang guru gunakan akan menyebabkan ada sekumpulan murid akan merasa bosan dan kurang berminat untuk belajar serta tertinggal.

       DON’T (s)

  • jangan mulakan pengajaran dengan sesuatu yang terlalu abstrak – kerana ini akan mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikannya (jika kelas biasa agak sesuai).
  • jangan mulakan pengajaran dengan menyuruh murid melaksanakan latihan yang terlalu panjang tanpa kawalan atau bimbingan.
  • jangan mulakan pengajaran dengan mood yang tidak baik – leteran atau sebagainya (sila kawal emosi – memang ini satu cabaran). Ini juga akan mengurangkan motivasi murid untuk belajar.
  • jangan mulakan pengajaran dengan menunjukkan klip video yang panjang/klip video pengajaran guru lain (jika menggunakan pendekatan online). Ini akan membosankan murid dan mengurangkan daya konsentrasinya.
  • jangan “off”camera video jika menggunakan saluran komunikasi digital, begitu juga murid. Ini juga mengurangkan daya konsentrasi dan kawalan.

Tutorial: Strategi yang boleh digunakan:-

  • Murid dalam kumpulan melaksanakan tugasan secara kolaboratif – menggunakan “peeragogy”
  • Murid diberi tugasan individu / akses kendiri – menggunakan “heutagogy”
  • Murid diberi bahan rujukan/pautan untuk meneroka fakta/klip video/imej pada laman sesawang yang tertentu – mengguna kaedah “cybergogy”. 

KEMAHIRAN 2: APLIKASI MEDIA DALAM PROSES PdPR

B. Pemilihan Media Pembelajaran (sumber, resos)

Setelah mengenalpasti topik pembelajaran hasil dari pemetaan, perlu pula dipilih sumber yang bersesuaian dengan kaedah & pendekatan yang digunakan.

  1. Bahan Digital – Bahan dari YouTube, pelantar DELIMa/google classroom, laman sesawang yang berkaitan.
  2. Bahan bukan digital – Modul (koleksi pakej pembelajaran mengikut jangka masa tertentu) – bahan tambahan guru dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuian murid.
  3. Imej/grafik dari pelbagai sumber.
  4. Pautan ke bahan yang dibina dari pelantar DELIMa
    • Bahan latihan
    • Bahan bacaan ringkas
    • Peta minda/pengurusan grafik – memudahkan pemahaman

C. Saluran Komunikasi

Saluran komunikasi akan menentukan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran

  1. Tapak perbualan maya – CIDS-VideoCorps (fitur dari CIDS), DELIMa, Google Meet, Zoom, WhatsApp, Telegram, Facebook, Twitter, instagram, atau mana aplikasi/media sosial  lain yang bersesuaian.
  2. Tapak interaksi – CIDS- e-forum/chat (fitur dari CIDS) DELIMa, Google Classroom atau mana-mana tapak lain yang sesuai.
  3. Tapak pengisian bahan/modul – CIDS-Flipped Learning (fitur dari CIDS) – berasaskan aplikasi Moodle atau mana-mana aplikasi lain yang sesuai.

D. Cadangan Pelaksanaan Pertemuan Maya

Jika pembelajaran berlaku secara dalam talian menggunakan CIDS VideoCorps atau Google Meet atau apa-apa aplikasi lain perkara berikut perlu diambil perhatian (sila juga lihat nota di atas):

    1. Pilih topik/tajuk yang penting merujuk pada proses pemetaan yang dibuat.
    2. Pembelajaran dilaksanakan dengan mengambil kira profil pelajar – termasuk ciri-ciri pelajar, ciri-ciri hasil ujian psikometrik pelajar.
    3. Menggunakan illustrasi tertentu untuk memudahkan pemahaman:
        • Peta minda
        • Peta konsep
        • Pengurusan grafik – yang pelbagai
        • Tunjukcara secara langsung– demonstrasi:
          • Pergerakan badan
          • Experimen – jika sesuai
          • Bahan maujud – objek sebenar
          • Keadaan sekitar sebenar yang ada di sekitar rumah (jika sesuai)

(Untuk CIDS VideoCorps boleh guna 2 kamera untuk laptop dan boleh guna back camera untuk telefon bimbit)

      4.  Pautan mengandungi bahan (pelbagai bentuk – teks dari laman sewawang/nota guru/klip video dan yang lain) yang boleh diakses bersama.

      5. Ruang untuk berinteraksi –chatting, dsb

      6. Rumusan dan tindakan susulan – mengikut kesesuaian murid  (tidak terlalu banyak latihan & kerja rumah yang akan melibatkan lambakan tugas & rungutan ibu bapa)

Jika pembelajaran berlaku secara off-line

  1. Bahan pembelajaran (dalam pelbagai bentuk) perlu mudah difahami untuk murid mengikutnya.
  2. Arahan penggunaan perlu jelas untuk murid dan ibu bapa:
    • Pemilihan bahan/ bacaan pada sesi tersebut
    • Latihan ringkas yang perlu dibuat
    • Rujukan yang perlu dilaksanakan (dari buku teks & sumber lain)
  3. Jika pembelajaran berlaku secara off-site (jika diizinkan)
    • Sasaran murid (kemungkinan kapasiti bilik yang digunakan memerlukan giliran kumpulan murid)
    • Topik pembelajaran dilaksanakan mengikut kesesuaian pedagogi kumpulan murid
      • Contoh: Pembelajaran terbeza – (differentiated learning)

E. Panduan Penggunaan Bahan Klip Video

Pelbagai bentuk klip video dihasilkan oleh guru-guru (melalui YouTube) mahu pun pihak KPM yang disiarkan di TV saluran khas (contoh Didik TV).

Berikut disenaraikan ciri-ciri klip video dari segi cadangan penghasilan & penggunaannya dalam proses pembelajaran mengikut situasi tertentu.

Situasi 1 – Klip video yang memuatkan guru sedang mengajar (topik penuh lengkap – dari ucapan selamat pagi hingga terima kasih) termasuk rakaman khas pengajaran guru dari Saluran pendidikan TV

Sesuai : Sesuai untuk tujuan dimuat naik ke YouTube (diberikan pautannya) bagi murid-murid belajar di luar waktu pengajaran  (asynchronous learning tidak disiar/diikuti secara langsung – live) tetapi mengikut kesesuaian masa murid dalam jangka masa yang ditetapkan oleh guru.

Kurang sesuai: Jika pautan yang diberikan itu hasil bikinan oleh guru sekolah lain kerana kemungkinan fokusnya (dari aspek kumpulan sasaran murid/objektif dll) berbeza dengan sesi pengajaran itu. Kecuali jika pertimbangan telah dibuat dan menunjukkan klip ini sesuai digunakan.

Tidak sesuai: Jika klip video berbentuk seperti ini (dihasilkan sendiri atau guru sekolah lain) ditayangkan sewaktu pengajaran yang disiarkan  secara langsung dalam (synchronous learning) bersama murid. Ini akan menjadikan murid rasa bosan terutama murid sekolah rendah atau menengah rendah jika tayangan seperti ini berlaku amat kerap dalam sesi pengajaran dalam talian guru.

Kekecualiannya:

  1. Guru perlu seret (drag) pada bahagian yang tertentu sahaja (tidak disiarkan dari mula hingga akhir) kakukan (pause) dan beri penjelasan sebelum meneruskan tayangan.
  2. Sunting dahulu klip video tersebut – dengan mengambil adegan yang sesuai sahaja (bergantung kepada terma & syarat Copyright klip video tersebut).
  3. Suntingan boleh dibuat secara mudah melalui perisian powerpoint sahaja tanpa melibatkan perisian yang canggih.

Situasi 2 – Klip video memfokuskan pada satu-satu aspek dalam topik pembelajaran tersebut. Kebiasaannya durasi kurang daripada 5 minit.

Kesesuaian: Untuk situasi ini klip video berfungsi untuk memberi pemahaman kepada murid. Ia tidak perlu berdurasi yang panjang tetapi sekadar dapat memperjelaskan konsep/fungsi/tunjukcara animasi.

 

KEMAHIRAN 3: TEKNIK PENGHASILAN MEDIA

F. Penghasilan Klip Video (jika berkemampuan/berkemahiran)

  1. Hasil rakaman sendiri (contoh: demonstrasi, animasi dari persembahan powerpoint – dirakam semula). Boleh berlatarkan muzik sahaja atau ada voice over – mengikut kesesuaian & kreativiti guru.
    • Mempunyai kualiti gambar dan bunyi (video/audio) yang baik.
    • Pelbagaikan teknik penyampaian/rakaman – bukan sekadar bercakap di hadapan kamera sahaja. Kekerapan menggunakan teknik ini akan menimbulkan kebosanan murid.
    • Jika pengajaran dilaksanakan secara lansung  menggunakan google meet- tidak perlu menukar gambar latar belakang (terutama yang ada pergerakan/animasi) – kadang-kadang ia menjadi satu gangguan (distraction) kepada murid serta menjejas konsentrasi mereka.
    • Tidak semestinya illustrasi berada pada paparan belakang (jadi tidak perlu rakam menggunakan green screen) kerana kadangkala penerangan dan lakaran guru di papan putih atau demonstrasi lebih berkesan.

 

   2. Klip video dari YouTube

    • Buat carian – search untuk klip video yang sesuai atau hampir sesuai dengan tajuk/topik yang diajar. Boleh dalam Bahasa tempatan atau Bahasa asing.
    • Jika Bahasa asing (Bahasa Inggeris, Indonesia) (i) bolehlah sertakan catatan untuk panduan (ii) diedit masukkan caption teks atau buat alih suara – jika difikirkan sesuai untuk melaksanakannya dibandingkan dengan kesan klip video tersebut kepada murid. (juga bergantung kepada syarat & terma Copyright bahan tersebut)
    • Cara lain bergantung kepada kemahiran & kreativiti guru.

Cadangan – Digalakkan guru (jika perlu & berminat & mempunyai kemahiran) menghasilkan klip video berbentuk penerangan/animasi pada bahagian tertentu tajuk pembelajaran yang mampu memberi impak yang baik untuk tujuan pemahaman sesuatu konsep.

Bahan seperti ini boleh dikongsi oleh semua guru untuk semua lapisan murid yang mempunyai kaitan dengan bahan yang ditunjukkan.

 

KEMAHIRAN 4:PENGURUSAN AKTIVITI  RPH & PELAKSANAAN PENGAJARAN

  PdPR (perancangan & pelaksanaan) boleh berlaku dalam 3 mode/pendekatan:

  1. Maya – Pembelajaran dalam talian/bahan digital/pembelajaran kendiri menggunakan bahan digital
  2. Konvensional – bersemuka bersama murid/ ibu bapa /bahan bukan digital
  3. Teradun (blended) – bersemuka bersama guru (kelas mengikut giliran/ kelas dalam talian) – campuran bahan bukan digital/bahan digital

Manakala adegan (langkah-langkah perancangan pengajaran & pelaksanaannya) boleh berlaku pada 3 peringkat:

 

  1. PraPembelajaran (Maya/Konvensional/Teradun)
  2. Perkembangan Pembelajaran (Maya/Konvensional/Teradun)
  3. Pasca Pembelajaran (Maya/Konvensional/Teradun)

 

Peringkat 1 :PraPembelajaran (Maya/Konvensional/Teradun)

Guru mencatat persediaan yang dibuat melalui pendekatan  tertentu (strategi/kaedah/teknik) sebelum berlakukan pembelajaran atau tindakan perlu dibuat untuk memulakan pembelajaran atau kedua-duanya sekali.

Contoh: Mencatat secara ringkas tentang:

  1. Jenis bahan – digital/bukan digital (modul/lembaran kerja/dsbnya)
  2. Cara pelajar mendapatnya (penghantaran ke rumah/koleksi di sekolah / saluran media – google classroom/whataspps/dsb)
  3. Tindakan untuk memulakan pengajaran

Peringkat 2 : Perkembangan Pembelajaran (Maya/Konvensional/Teradun)

Guru mencatat proses/aliran prosedur/aktiviti yang berlaku mengikut pendekatan yang dipilih (jangka masa mengikut keperluan masing-masig).

 Contoh: Mencatat secara ringkas:

  1. Aktiviti secara langsung (bersemuka secara maya) menggunakan saluran komunikasi tertentu.
    • isi penting yang patut diketahui & difahami oleh murid hasil daripada pemetaan yang dibuat
    • media yang perlu dimasukkan
    • media yang patut dimuat turun oleh murid
    • interaksi yang dijangka akan berlaku
  1. Aktiviti pembelajaran kendiri pelajar
    • menggunakan bahan rujukan/rakaman/bahan dari google classroom dsb.)
  2. Tindakan susulan yang perlu dibuat oleh murid

(Aktiviti /pendekatan/strategi perlulah menarik, sesuai dengan kumpulan murid dan tidak membosankan murid)

Peringkat 3 :Pasca Pembelajaran (Maya/Konvensional/Teradun)

Guru mencatat aktiviti susulan yang dibuat melalui pendekatan  tertentu (strategi/kaedah/teknik).

Contoh: Mencatat secara ringkas tentang:

  1. Pembelajaran tambahan melalui modul/bahan digital/bukan digital
  2. Latihan tambahan (bacaan, tulisan, rujukan) digital/bukan digital (modul/lembaran kerja/dsbnya)
  3. Menerangkan tajuk/aktiviti yang akan dilaksanakan pada sesi pembelajaran akan datang
  4. Menerangkan persediaan yang perlu dibuat oleh murid untuk sesi akan datang

(Pengguna boleh mengubahsuai (customized) item perancangan pembelajaran (langkah-langkah pengajaran) jika perlu. Sila rujuk bantuan pada tajuk yang berkaitan)

Berikut adalah cadangan format adegan pengajaran (langkah-langkah pengajaran yang boleh diubahsuai – customized) PdPR:

 

Rajah 1: Item  Profil Pembelajaran tambahan untuk perancangan PdPR

 

Rajah 2: Cadangan format adegan pengajaran (langkah-langkah pengajaran) untuk membentuk RPH PdPR

 

KEMAHIRAN 5: PENYAMPAIAN GURU

Secara umum penyampaian guru harus mengambil kira berapa ciri-ciri seperti berikut tertakluk kepada kumpulan murid dan pendekatan yang digunakan.

  1. Kelajuan suara (agak subjekif) – bergantung pada kumpulan murid – asalkan murid dapat mengikutinya dengan baik.
  2. Bahan penyampaian – mudah, tepat, jelas – tidak mengelirukan (jika bahan digunakan).
  3. Ada unsur kecindan (tidak terlalu serious sepanjang masa – ada sedikat unsur gurauan) untuk memecah kebosanan – sama ada dari segi perbualan lisan atau melalui paparan grafik.
  4. Kemahiran interpersonal – mampu membuat rapport (pertalian mesra) dengan murid sebagai cara menarik perhatian murid.
  5. Kemahiran intrapersonal – mampu mengawal diri terhadap kerenah murid-murid dalam proses pembelajaran.

 

SISIPAN – Contoh penghasilan pemetaan subjek pengajaran dan pembelajaran

Rajah 3 – Pemetaan subjek sebagai subsistem untuk penentuan topik pembelajaran

 

 

Rajah 2 – Kerangka Pemetaan bahan penyampaian guru dan pelibatan pelajar sebagai subsistem dalam PdPR (untuk topik 1 sahaja – tanpa subjek/topik yang spesifik)

 

 

Rajah 3- Kerangka Pemetaan status ibu bapa sebagai sebahagian subsistem dalam proses pembelajaran dalam PdPR

 

 

 

TIP UMUM:

Pendekatan Dalam Talian – PDT (bergantung kepada kemudahan peranti/capaian internet & faktor-faktor lain)

  • PDT – bukan bermakna menggunakan saluran komunikasi sepenuhnya (contoh: google meet/CIDS-VideoCorps) dalam satu sesi pembelajaran secara berterusan. Contoh:
    • mungkin 10 minit yang pertama dan akhir – bertemu secara bersemuka dalam alam maya.
    • ada ketika (terutama jika ada tugasan ringkas yang perlu dilaksanakan oleh murid) guru mungkin memberi pautan ke pelantar tertentu kepada murid untuk disempurnakan (contoh: Goggle Classroom, E-Forum – untuk CIDS PLC – Digital – murid boleh berbincang/chat/melaksanakan latihan dalam satu persekitaran E-Forum atau CIDS – Flipped learning).
  • menggunakan media sosial yang lain mengikut kesesuaian.
  • blended/hybrid (teradun/gabungan) – mengikut kreativiti guru dan kemudahan teknikal.

Apa yang dipaparkan di atas adalah cuma cadangan sahaja. Bergantung kepada kreatviti guru dan kesesuaian persekitaran murid.