Mereka bentuk pengajaran bagi memenuhi keperluan  Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan satu cabaran kepada golongan pendidik.

Model ASIE yang dibina mampu melayani persekitaran pembelajaran masa kini dalam usaha menambahbaik proses pembelajaran dan pengajaran yang dinamik.  Tujuannya adalah ke arah melahirkan pelajar yang bersifat berdaya saing di peringkat global serta memenuhi keperluan pasaran kerja pada masa hadapan.

Model ini memberi penekanan terhadap pembelajaran “berpusatkan murid “ dan bukannya semata-mata penyampaian pengajaran  sahaja. Usaha ini mempu mewujudkaan persekitaran yang aktif dan inovatif.

Usaha ini berganjak daripada mengamalkan pendekatan  yang standard ke arah membina model yang boleh disesuaikan dengan aspirasi murid dalam situasi pembelajaran Abad Ke-21. Ia memberi peluang dan pengalaman yang luas  terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah maupun melalui pembelajaran dalam talian.

Model baharu RBP ASIE versi 3.0

Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE versi 3.0 yang baharu memaparkan fitur-fitur yang terkini bagi memenuhi maklum balas hasil dari projek rintis yang dilaksanakan di sekolah-sekolah. Nilai tambah yang dimasukkan dalam versi 3.0 ialah perancangan pengajaran di peringkat mikro bagi membentuk rancangan pelajaran harian (RPH) yang lebih dinamik serta pembentukan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) bagi mengurus, menyelesai dan berkongsi maklumat dalam proses pembelajaran di bilik darjah.

Anda dialu-alukan untuk menggunakan model ini dengan memuat turun informasi dari laman web ini. And dinasihatkan supaya membaca dan memahami konsep dan fungsi fitur-fitur model ini sebelum mengaplikasikannya dalam proses mereka bentuk pengajaran di bilik darjah.

Anda boleh log masuk sebagai “asietetamu”   yang mempunyai fungsi terhad untuk mencuba merancang pengajaran dengan segera.  Nama Pengguna dan Kata Laluan adalah seperti berikut:

Nama Pengguna: asietetamu
Kata Laluan: asietetamu

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui email: [email protected]